Mumbai.Delhi

Ini merupakan trip kedua aku ke Mumbai. Punyalah malas nak upload gambar, makin meningkat umur ,makin banyak pulak tanggungjawab lain dan terpaksa susun kerja berdasarkan keutamaan. :) Mana-mana tugas yang boleh diabaikan,macam blog ni terpaksalah diabaikan dulu. Selamat menjamu mata anda.

Trip Mumbai-Umum



Trip Mumbai-Bazaar Ramadan Jalan Md. Ali, Mumbai


Keadaan bazaar ramadan ni memang tak berapa bersih, bungkus makanan pakai kertas akhbar lama, ada makanan bungkus pakai daun kering,bukan berselisih dengan orang saja, anda turun berselisih dengan anjing. Motorsikal dengan hon yang kuat, kalau sesak dengan orang, diorang ni main tolak je orang .Ludah depan kedai sendiri. Inilah India. Nikmatilah.

Projek seterusnya masih lagi di India. Sebenarnya situasi di India, semakin banyak lesen spektrum dibuka dan dijual.Maka wujudlah operator-operator telekomunikasi baru. Jadi syarikat aku antara mereka yang berjaya ambil dari perkembangan tersebut. Nanti , 5 tahun akan datang pula , aku jangkakan akan bermula pula trend gabung(merge) syarikat telekomunikasi di India pula.