PROGRAM 6P adalah singkatan bagi Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). Baru-baru ini terpampang di media internet malaysia berkenaan Program Pemutihan 6P Kerajaan peluang diberikan bagi PATI yang berkeliaran di seluruh Malaysia. Ada terdapat lebih kurang 2 juta PATI di negara kita. Apa? 2 juta? Terkejut bila aku baca angka ini. Dan mereka berkeliaran di mana sahaja .Termasuk sekitar rumah kita? Atau mungkin sudah pun memecah masuk rumah anda?
Bagaimana bermula pengambilan pekerja asing
Kenapa dibenarkan mereka berada di negara kita? Mungkin byk peluang pekerjaan di bumi Malaysia ini. AKu sedih tengok kerajaan masih membenarkan pengambilan pukal pekerja low skill set ini. Dahulunya mereka dibenarkan masuk bagi mengisi kekurangan pekerja di sektor perkilangan,perladangan dan pembinaan. Rakyat pada masa tersebut tidak berminat dengan pekerjaan yang menggunakan banyak tenaga tapi upah yang rendah. Bagi aku pun, kurang berminat dengan pekerjaan begitu dengan kelulusan yang aku usahakan.
Persaingan Pekerja Skil Rendah
Tapi bila mereka sudah bertambah ramai, semua kerja mereka sapu. Pencuci,Pembantu restauran, pekerja pam minyak,tukang kebun bagi majlis perbandaran,pengendali bangunan dan lain lain.Lebih teruk mereka mengenakan upah yang rendah. Lantas menutup peluang pekerja skil rendah dari negara kita sendiri. Atas sebab persaingan dari lambakan pekerja2 dari luar ini, kadar gaji negara kita kekal rendah.
Bukan mahu menyalahkkan mereka, ada juga kes yang mana altitud remaja skil rendah kita yang kurang berdisiplin dalam bekerja. Ini menyebabkan majikan lebih terjamin dengan mengambil pekerja dari luar yang ada hitam putih untuk kekal bekerja ,sekurang-kurangnya berdasarkan kontrak .Walau pun tak semua setia, tapi lebih baik dari remaja yang belum tahu sampai bila mahu kekal bekerja .
Menaikkan Kadar Upah
Tapi kalau kerajaan berjaya menaikkan 'cukai pendapatan' bagi pekerja-pekerja dari luar ini. Sudah tentu dapat menaikkan sedikit kadar upah bagi perkerja yang berasal dari Malaysia. Itu pun sudah memadai untuk menaikkan kadar upah.
Kadar Upah yang mahal?
Jika kadar upah yang mahal dikenakan , maka kadar kos akan meningkat juga. Betul! Apa yang akan terjadi ialah kos sara hidup akan terus meningkat. Erm, macam tak boleh dielakkan pulak? Ataupun kita terus memilih untuk hidup bersama PATI yang berkeliaran disekitar rumah kita? Kita kena pilih salah satu .
Pada aku dengan mengurangkan pekerja dari luar ini, boleh mengurang sesetengah perkara-perkara . Contoh
1. Jenayah 2. Subsidi TNB,Gula 3.Keperluan Air 4.keperluan menyekolahkan mereka dan keturunan mereka yang kekal 'menetap' di sini.
Mesti diingat, mereka adalah tanggungan negara mereka ,bukan tanggungan negara kita. Kita ada banyak masalah dalam negara untuk dihadapi, tak perlulah kita bebankan negara kita dengan mereka-mereka ini. Kalau mahukan ambillah mereka yang berkualiti. Malaysia bukan lagi negara yang punyai banyak kilang-kilang pembuatan yang baru yang dahulu naik bagaikan cendawan.Untuk masa depan,kita perlu menaikkan kualiti barang2 keluaran dari meningkatkan kuantiti. Barangan pertukangan dari Jerman lebih diyakini dari barangan pertukangan dari Vietnam. Kita perlu wujudkan suasana negara maju sedikit demi sedikit di sini. Ekonomi negara-negara pengimport barangan perkilangan kita turut berkurang seperti Eropah dan Amerika Syarikat. Jadi jelas keperluan pekerja dari luar akan turut berkurangan.
Persaingan di rantau Asia Tenggara
Sepatutnya kita kena bina negara kita dan bersaing dengan jiran kita Singapura dalam membentuk persekitaran yang sihat, teratur dan selesa. Bukannya bina negara ini bersaing dengan Indonesia dan Vietnam. Tapi jelas keadaan negara kita dalam usaha bersaing 'hebat' dengan Indonesia dan Vietnam. Walaupun ada rancangan dari kepimpinan negara,tapi hasilnya masih kabur. Kerajaan berusaha hebat mengambil pekerja-pekerja dari Indonesia dan Vietnam. Banyak pelan diwar-warkan semata-mata kerana mahu kekal berkuasa . Bila kita berada di realiti ,memang aku kecewa .
Tapi, menggabungkan ekonomi Malaysia dengan Indonesia juga satu peluang yang kita boleh teroka. Walau bagaimanapun aku lebih mengutamakan pematangan persekitan hidup yang sihat dalam negara terlebih dahulu.
Pembaikan negara
Apa yang aku nampak , kita perlu beri persaingan kepada kerajaan. Bukan mahu kata kerajaan sedia ada tidak cukup bagus. Mereka bagus,tapi perlukan persaingan. Amat penting,dalam sistem persaingan ini, kita tidak boleh taksub dengan parti tertentu . Kita perlu sedikit bersifat 'lalang'. Pilih mana yang terbaik untuk persekitaran,keteraturan dan keselesaan. Cabaran kita? Sentimen perkauman.Inilah hasil yang kita dapat dengan sistem berlainan sekolah.
Erm, apa wish list saya?
Saya ada 3 permintaan sahaja.
1. Perjalanan Bas dari rumah saya di Bandar Kinrara ke Kuala Lumpur dalam masa sejam. Bahaya menggunakan motosikal ke pejabat.
2. Pelan Pemakanan Negara ,terutama Kanak-kanak. Kita kena pastikan kadar purata ketinggian tubuh badan generasi akan datang lebih baik dari sekarang.
3.Kurangkan PATI
Kerana bagi saya keadaan negara kita Malaysia ni bagus (kecuali dalam isu pengankutan awam dan kebanjiran PATI). Kos sara hidup dan harga rumah di negara kita tidaklah seteruk mana kalau dibandingkan di negara lain , aku boleh katakan setara . Dua poin diatas adalah untuk mengurangkan tekanan hidup warga negara kita. Hidup aman .
Bermula lebih kurang sebulan yang lepas, aku mula mengamalkan kitar semula di rumah. Sebenarnya lebih kepada mengasingkan sampah-sampah yang boleh dikitar semula. Cuma sampah yang tidak boleh dikitar , seperti sisa makanan,barang yg bersalut dengan minyak dll akan diserahkan kepada wakil pihak Perbandaran. Barang-barang yang boleh dikitar akan dibersihkan, disimpan dan kemudiannya dijual.
Apakah barang-barang yang aku kumpul untuk dikitar semula? Biasanya aku akan kumpul kertas-kertas yang tidak bercampur dengan minyak seperti kotak minuman dan makanan . Barang-barang plastik,seperti botol dan beg yang aku akan basuh dan keringkan.Juga barang2 kaca.
Setelah dikumpul, aku akan serahan kepada mereka-mereka yang menyelongkar tong sampah di pangsapuri berhampiran. Tapi minggu yang sudah aku cuba jual barang-barang ini. Dimana boleh aku jual? Kalau yang berhampiran dengan rumah aku, ada terdapat beberapa pengumpul barang-barang kitar semula.Terutama di Jalan Puchong dan Jalan Kelang Lama. Pada minggu tersebut, aku berjaya mengumpul barang-barang plastik separuh plastik besar hitam.Sebab kali pertama jual, tak perasan berapa beratnya. Tapi terjual dengan harga RM0.70 . Terlampau murahkan. Tapi itulah hasilnya. Bagi orang macam aku ni, masih lagi berbaloi kot.Sebab lokasi pengumpul tak jauh dari rumah, lagipun aku gunakan motosikal untuk ke sana.
Harapnya aku akan berjaya meneruskan amalan ni selama yang boleh. Amin
Yeah , it happen again. After 4 years working at Damansara Uptown Office, i had decided to try another oppurtunity. Be honest, it have risk. But when there is a risk , there is reward too. This time ,the reward is not totally on money. It was for my survival on my next jump too. It also provide me a crucial benefit that i need for something in making this year. I really hope it could give me another kind of experience that i could use it in future.
This time , i try to be an oppurtunies person while i have some value to certain people. I really enjoy working at Damansara Uptown. That company give alot of international experience and friends to me. It had bring me to a level that i never expected before. It also teach me how we are jump from one fire to another fire. It will never end. Face it, it might not solved, some of them are the reason why they hired you. Some of the fire that you deal with is reason why your position still there and why your company keep paying your salary.
Maybe to some people ,my experience at Damansara Uptown is nothing, but i really apprieciate what i had went through in all places i been , all people that i deal with, all techinical skill that i learned, all weird experience, all event that make me glad that i was there and the most important was, i still survive. I should be glad because not all people go through this kind of life. After all, i had push my self that far and i will be remember that for the whole of my life. Thanks God. :)
Original creation by: Nupur
Music by: Amartya Rahut
This is the original and final version of this 'Indianised' Jingle Bell song.
Big thanks to Nupur for creating this animation. Hoping that more animations come from Nupur.