Dari Kelana Jaya ke Pulai Chondong

Cuti Tahun Baru Cina ini aku tidak merancang untuk pulang ke kampung, Minggu yang sudah aku pulang ke kampung menyelesaikan perkara-perkara yang tertangguh sejak sekian lama. Sudah dirancang juga dari awal yang aku akan ke Kelantan sebentar di cuti kali ini. Ini kerana aku bakal menghadiri kenduri perkahwinan sahabat aku, Asyudi. Perjalanan aku bermula pada pukul 6 malam dari rumah Kelana Jaya ke Stesen LRT Taman Bahagia. Semuanya berjalan lancar , tiket sudah dtempah pada 23hb Januari yang lalu. Tepat jam 9.15 malam bas segera berangkat dari Hentian Bas Putra.Kalau diikutkan aku bakal berhenti di Pasir Mas.Iyalah, kalau beli tiket lambat macam ni lah, ambil saja tiket yang ada.Pulang nanti pula naik pesawat AirAsia. Cekup peluang bila sedar ada promosi harga murah.


Aku tiba di Pasir Mas lebih kurang jam 5.30 pagi. Gelap lagi masa tu .Setelah bertanya kepada pemandu, beliau bersetuju menurunkan aku di Jalan Kota Bahru-Machang, jadi boleh lah aku menunggu Bas menuju ke Pulai Chondong atau ke mana-mana destinasi yang aku sendiri tak pasti pada waktu pagi-pagi begini.Kebetulan beliau akan melalui jalan tersebut dalam perjalanan ke Pusat Bas syarikatnya,

Tidak lama setelah turun bas telefon bimbit aku berbunyi, Mat Shah.Nasib baik lah si mamat ni hubungi aku. Alhamdulillah. Setelah berjumpa ,terlebih dahulu kami pergi bersarapan di sebuah kedai Nasi Kerabu. Disebabkan lapar dan sedap, aku makan hingga 2 pinggan Nasi Kerabu, nyata memang sedap dan harganya pun di bawah kadar yang berpatutan (bagi pencari rezeki di KL).Macam-macam dibualkan dengan Mat Shah, pasal kawan-kawan, isu karier pekerjaan , pasal ekonomi dunia,pendapatan sampingan,kehidupan berfamili Mat Shah hinggalah ke isu-isu agama(kononnya :). Selesai bersarapan kami pergi ke rumah Mat Shah dan aku ambil kesempatan untuk tidur sebentar. Memang penat badan betul.Sebelum menuju ke rumah Asyudi, aku menjamu selera dengan keropok dan assyura hidangan ibu Shah.Memang bertuah jadi tetamu Mat Shah ni. sesudah minum tengahari dan menonton CSI:NY di rumah Mat Shah, kami terus menuju ke rumah bapa mertua Mat Shah yang terletak di Sungai Keladi, Pasir Mas (kalau tak silap). dari situ kami merancang untuk menaiki motosikal menuju ke Pulai Chondong. Tapi yang menariknya kami bakal menaiki motobot yang akan merentasi Sungai Kelantan. Perjalanan Pasir Mas-Pulai Chondong dapat dijimatkan sejauh 40km dengan menaiki motobot tersebut. Jeti motobot sesebut terletak berhampiran dengan Empangan Tali Air Kemubu(Mat Shah, betulkan cerita aku ni kalau tak betul) .

Memang aku seronok dengan perjalanan menaiki motobot ini.Sepanjang hidup aku cuma merentasi Sungai Kelantan dengan jambatan sahaja.Kali ini berpeluang menaiki bot. Bersama Mat Shah ,motosikal dan aku turut serta ialah sekumpulan 4 orang sefamili Cina yang ingin menaiki bot tersebut.Dengan baju merah baru mereka jelas menunjukkan mereka baru sahaja menyambut Tahun Baru Cina pada hari tersebut. Sedang aku meneruskan perjalanan ke seberang, famili tersebut berpatah balik , ialah cuma mahu merasai perjalanan merentasi Sungai Kelantan dengan bot. Teruja aku tapi yang kurang sedapnya, tiada ciri keselamatan. Ceit!!! kalau ada ciri keselamatan mungkin harganya tidak semurah RM1 seorang rasanya.Walaupun turut membawa motosikal harganya tetap RM1.

Kemudiannya kami tiba di rumah Asyudi yang terletak di Kampung Mulong , Pulai Chondong. Sewaktu turun dari motosikal, kelihatan si Asyudi sedang sibuk melayan tetamu. Asyudi sendiri agak terkejut ketibaan aku dengan menaiki motosikal ke majlis kendurinya. Yang penting aku selamat sampai ke majlis ini. Kami berbual panjang dengan pengantin di meja makan.Hal yang aku suka dengan kenduri di Kelantan ialah nasi berlauknya, Bukannya nasi beraini atau nasi minyak seperti di sebelah Johor dan negeri-negeri lain.Lauk gulai Kelantan memang aku suka .Ada sesetengah tempat turut menghidangkan manisan yang dibuat dari Labu, dan terdapat sekali sambal cili .Sorilah yek, aku tak ambil gambar makanan sebab segan dengan tetamu lain..:P(takde nilai-nilai photopgraper aku ni).


Selesai sudah.majlis kami kembali semula menaiki bot tersebut sekali lagi. Malam tersebut Mat Shah menghantar aku ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Walaupun sebenarnya terdapat aktiviti keluarga pada malam tersebut, Mat Shah masih berkesempatan menghantar aku ke airport. Terima kasih yang teramat buat Mat Shah.Jasa anda amat aku hargai.Nanti boleh la aku datang menyibuk lagi ek.(gurau jek,jangan amik serius lak) .Perjalanan menaiki pesawat AirAsia ke Sepang mengambil masa 50 minit. Perjalanan agak kurang enak sedikit , kerana sebelum turun mendarat di KLIA , pesawat beberapa kali bergegar ketahap yang belum pernah aku rasai sebelum ini, dan memang rasa sedikit kurang selamat .Terdapat juga beberapa penumpang lain yang erat memegang kerusi masing-masing .Paling lega bila aku nampak cahaya dari lebuhraya PLUS dan kawasan sekitar Nilai.Sebelum itu sekitar pesawat cuma kelihatan kabus tebal.Pesawat juga berlegar beberapa kali di udara sebelum selamat mendarat di LCCT. Setibanya di LCCT terus aku duduk dalam bas dan tidur tanpa sedarkan diri beberapa kali kepala terantuk cermin dan stewardess yang duduk sebelah aku.Sori lah Kak Long ek, aku ngantuk amat sangat.

Aku tiba di Kelana Jaya lebih kurang jam 1 pagi.Alhamdullilah, Tamat sudah kembara 31 jam aku.Bertambahlah lagi cerita blog aku untuk ke sekian kalinya.Rencah kehidupan aku, buat tatapan kalian yang sudi membaca.

0 comments: