Setiap kali aku balik kampung naik bas, aku akan parking superbike Honda EX5 aku kat parking moto Pudu Raya. Parking bayar sehari RM1.50 sahaja.Parking moto atas Pudu raya tu, aku dah start parking sejak dari student lagi.Dah menjangkau 8 tahun, dan aku masih setia dengan Pudu Raya terchinta.
Tiket bas pergi balik dalam RM46 dua hala sahaja. Biasanya akunaik bas Transnasional. Sebab mereka ni lebih teratur. Bas lain OK gak, tapi aku tak suka dengan ulat-ulat depan kaunter. Lagi lah dengan tukang tunjuk tempat duduk. Sebab ada antara mereka ni tak begitu bersopan santun, main jerit ikut suka saja. Biasanya aku akan ambil tiket dengan ulat kalau dah terdesak sangatlah.
Kalau dalam bas,sepanjang perjalanan aku akan cuba tidur dengan enaknya. Kadang-kadang aku satu bas dengan kawan-kawan lama aku.Yang kadang-kadang tu, memang kitaorang dah tak cam dah. Tapi biasanye aku akan ambil kesempatan bertegur sapa. Yelah, aku balik kampung bukan selalu pun. Raya memang susah gak nak jumpa kawan-kawan.Minggu lepas aku balik untuk selesaikan beberapa urusan.
"Zu bila boleh balik? Minggu ni boleh? Ni business baikkk punyaa* !!!" desak Abah aku.Maka balik lah aku ke kampung secara 'terkejut'. (*ditokok tambah bagi memeriahkan keadaan)
"Why so suddenly? Pakistan project finish aaa? U think this ur father company aaa*?" Tanya Boss aku bila aku cakap urgent leave menerusi talian mobil. (*ditokok tambah bagi memeriahkan lagi keadaan).
"Have to lah, i already done Pakistan one, customer very-very satisfied (goreng). Lagipun i not standby this week" jawab aku, dengan suara buat-buat konfident,sambil pejam mata.