PRU12

Semacam ada satu perasaan puas yang amat sangat bila aku melangkah keluar dari bilik undian. Walaupun calon pilih aku kalah, tetapi sekurang-kurangnya aku berjaya melaksanakan tanggungjawab untuk mengimbangkan kekuasaaan parti memerintah.

Di sini, di Johor, walaupun calon DUN pemerintah tidak mendapat restu kumpulan setempat, tetapi beliau masih lagi menang.Darah biru agaknya orang di Johor. Kedua-dua calon hijau di tempat aku merupakan bekas guru aku. Salah seorang merupakan rakan karib abah aku sendiri.Kawan sekampung abah.Pstt, abah aku biru. Anak dia pun kawan baik aku.

Post ini bukan bertujuan untuk bermegah dengan pilihan aku, tetapi aku ingin terapkan budaya bersaing dalam bangsa aku.Bersaing secara sihat . Ungku Aziz pernah nasihatkan kita jadi lebih kiasu. Era globalisasi dah hampir tiba di bumi Malaysia .Kalau bukan kita yang hadapi, anak cucu kita yang bakal hadapi.

PRU akan datang? Bergantung pada keadaan semasa. Jika engkau berubah,engkau boleh beri aku sesuatu, maka engkau layak dapat satu undi dari aku. Ini kerana aku dan pengguna capaian internet di negara ini merupakan pengundi yang matang.

-aku pengundi atas pagar yang berinformasi.
-kagum dgn cara Dr Koh Tsu Koon yg profesional dlm serah kuasa.tak idong tinggi macam yang lain.Sebab yang lain bakal duduk di kerusi pembangkang lepas ni,tapi tak salah create new culture.
-kagum dgn peratus keluar mengundi di Kelantan ,>80%

2 comments:

nuun said...

kalau kau bertanding aku rasa menang. sure nyer...

Adun Karamba said...

tak biasa pakai kopiah/songkok beb.