Hujung minggu yang lepas penulis berkesempatan mengunjungi MidValley. Niat penulis sebenarnya adalah untuk menghadiri seisi penerangan tentang Hak Cipta Penulisan yang diadakan di MPH. Alhamdullah ,penganjur masih mengenali penulis walaupun sebenarnya penulis sudah sekian lama sepi tanpa berita. Pada seisi tersebut ramai yang mengikuti seisi , malah soalan-soalan soalan juga bertalu-talu diajukan.
Setelah tamat seisi tersebut penulis serta rakan telah mengambil keputusan untuk manjamu selera di Mid Valley. Biasanya sebelum ini penulis akan memilih Food Court di tingkat atas atau pun Chicken Rice Shop. Tapi sejak akhir-akhir ini penulis kerap memilih Makan Foodcourt di tingkat bawah, berdekatan dengan surau dan juga antara laluan masuk bagi mereka yang menunggang motosikal ke Mid Valley.
Gerai yang biasanya menjadi pilihan penulis ialah Selera Sama No 19. Antara hidangan yang ditawarkan ialah Nasi Ayam dan juga Nasi Goreng Ayam. Apa yang begitu menarik tumpuan penulis ialah kanak-kanak perempuan yang menjadi jurujual di gerai tersebut. Beliau berumur dalam lingkungan lebih kurang 13 tahun. Biarpun sebenarnya kerja yang dilakukan beliau begitu sibuk, tapi jelas dia begitu gembira dengan tugas-tugasnya.
" Nasi Goreng Ayam dua ... " laung kanak-kanak tersebut yang kadang-kadang dengan keadaan tubuhnya bergoyang seolah menari-nari.
" Adik , boleh minta cili lebih? " Bila penulis meminta untuk mendapatkan lebih cili , beliau sedikit pun tidak keberatan untuk menunaikan permintaan penulis. Beliau terus meletakkan cili dalam bekas cili yang lain, sesudah itu terus tersenyum.
" Kakak nak apa? " kanak-kanak tersebut bertanya kepada pelanggan yang lain sambil kening terangkat sedikit. Sepanjang penulis menjamu selera di situ, memang sentiasa terdapat pelanggan yang berdiri menunggu giliran masing-masing.
Ibunya pula berada di sebelah sedang memotong ayam serta sayuran untuk hidangan. Di dapur abangnya atau mungkin adiknya pula ditugaskan menggoreng nasi bersama bapa mereka. Pada hari hujung minggu yang kita biasanya menghabiskan waktu istirehat bersama keluarga masing-masing terdapat sekeluarga yang lain sedang sibuk mencari rezeki. Itu yang sebenarnya yang agak menyentuh perasaan dan hati penulis. Di sini, di Kuala Lumpur begitulah percaturannya. Penulis mendoakan agar mereka sekeluarga terus dapat menikmati rezeki yang diberikan oleh Tuhan. Moga mereka terus mendapat tempat yang sesuai untuk berniaga demi pendapatan sekeluarga.
Tapi sebenarnya penulis bukan menjamu selera semata-mata kerana mereka sekeluarga. Nasi ayam yang dijual memang sedap. Setakat ini daging ayam yang dihidangkan mereka memang cukup lembut. Tambahan penulis lebih selesa dengan suasana di foodcourt tersebut.Tapi di foodcourt ini sedikit panas berbanding foodcourt di atas. Mungkin sesuai bagi mereka yang cuma mementingkan perut anda berisi. Bukan bagi mereka yang mementingkan suasana selesa.
Kebanyakkan pengunjung merupakan jurujual-jurujual yang bekerja di Mid Valley, remaja-remaja dan juga kaum-kaum pendatang. Sebelum ini akwasan berkenaan merupakan kawasan parking kereta dan sebahagian kawasan kosong. Dahulu penulis biasanya melalui kawasan tersebut bila meletakkan motosikal di kawasan letak matosikal iaitu di kawasan lapang di luar Mid Valley. Kini tempat meletak motosikal baru juga memerlukan penulis melalui tempat yang sama.
Ingin penulis ingatkan kepada pembaca-pembaca sekalian, Buat masa ini untuk mengunjungi Mid Valley pada hujung minggu , anda perlu meredah sedikit kesesakan memandangkan terdapat kerja-kerja pembinaan bangunan baru Mid Valley Garden . Mungkin ada memerlukan alasan yang benar-benar berbaloi bagi menuju ke sana. Walaupun menggunakan motosikal, anda tetap menghadapi masalah di tempat letak motosikal yang ternyata sesak. Bagi mereka yang menggunakan komuter pula anda perlu memastikan dan merancang jadual perjalanan anda kerana anda mungkin perlu menukar gerabak komuter di KL Sentral dan menunggu mengikut jangka sama yang ditetapkan didalam jadual. Penulis ada menghadapi dengan jadual perjalanan komuter sedikit masa yang lalu .
Subscribe to:
Posts (Atom)