Menantu Oh Menantu

Hujung minggu buat mereka yang bujang smentinya agak membosankan jika tiada aktiviti yang dirancang. Seperti biasa penulis akan menyibukkan diri dengan kegiatan mengemas rumah.Migggu ini mengemas ruang tamu pula.Dapur,ruang PC dan bilik air sudah dibersihkan pada minggu yang lalu.Selesai mengemas ruang tamu baru penulis teringat karpet milik penulis di OUG. Tidak selesa bila sejuk kaki tatkala menonton TV.

Lantas penulis menghubungi Man bertanya kalau-kalau beliau ada di OUG.
"Hello Man, Ko ada kat rumah tak"
"Aku dah nak sampai rumah ni Dun.Family aku ada kat sini"
"Okeh, aku nak datang amik karpet dengan barang-barang lain sikit" jelas penulis.
"Agak-agak sampai malam kau ada kat OUG ke Man?" tanye penulis lagi.
"Rasanya pukul lapan aku keluar"jelas Man.
"Takpe, aku still pegang kunci rumah lagi" tambah penulis.
"Kalau macam tu OK la"

Sebelum sampai di OUG penulis sempat singgah di sebuah kedai makan di Jalan Kelang Lama.Sedang penulis menikmati makanan TV3 menyiarkan sebuah drama bertajuk "Menantu Oh Menantu" (MOM) kalau penulis tidak silap. Kisah dibintangi Joyah,Kartina Aziz,Rusdi Ramli,M.Rajoli serta barisan pelakon lain. Malangnya penulis tidak mengingati nama-nama watak.

Joyah merupakan ibu kepada Rusdi. Joyah juga rakan kepada Kartina.Sebelum ini Rusdi pernah bercinta dengan anak Kartina.Tapi putus ditengah jalan.Entah bagaimana Rusdi jatuh hati pula dengan Kartina, wanita yang dalam cerita tersebut seusia dengan ibunya.Nak dijadikan cerita Rusdi dan Kartina bertemu jodoh. Walaubagimanapun Joyah tidak berapa berkenan dengan pilihan anaknya itu. Iya lah seumur dengannya. Lebih lucu bila melihat gelagat gila Joyah marah-marah bila Kartina memanggilnya dengan panggilan Mak, siap ditentangnya menantunya itu.Ditambah bila anak Kartina pula memanggil Rusdi dengan panggilan Ayah.

Drama ini pada penulis bertambah menghiburkan dengan kehadiran M.Rajoli yang begitu diminati oleh Joyah. Rajoli juga sebenarnya meminati Kartina tapi hasrat tak sampai. Penulis akui yang penulis agak meminati Rajoli sebagai pelakon tempatan yang menghiburkan dalam drama-drama yang penulis tonton dihujung minggu sejak berzaman. Di dalam drama ini Rajoli berwatakkan seorang berumur yang menaiki motor superbike. Rasanya Rajoli kebiasaannya turut ditawarkan watak dari seorang uztaz hingga lah ke watak lelaki berumur yang miang. Bukan penulis sahaja yang akan mengulas tentang M.Rajoli, bapa penulis sendiri turut mengulas berkenaan M.Rajoli bila kami sama-sama menonton drama di kampung.Lucu bila dikenang.

Selesai menonton terus ke OUG mengambil karpet dan barang-barang lain.Sempat berbual dengan bapa Man buat seketika.Tiba dirumah dalam lingkungan 7.50pm.

Kelana Jaya Rumahku

"Abang Zu dah pindah rumah ke?" tanya Zek melalui talian
"Dah. Baru minggu ni pindah barang, Zek macam mana? dah jumpe rumah ke?" ujar aku pula.
"Belum lagi ... tengah cari lagi dengan kawan Zek ni" jawab Zek.
"Worst case Zek join abg Zu je la" ujar aku kembali.
"Kasi seminggu lagi la..nanti apa-apa Zek konfirmkan"

Minggu yang sudah penulis sudah pun berpindah rumah. Sengaja mencari haluan baru. Mungkin masuk minggu yang berikutnya adik penulis , Zek akan turut sama berpindah ke sini. Zek sebenarnya mengikuti pengajian di ITTAR. Memandangkan KUB menggabungkan UNITAR dan ITTAR, Kampus ITTAR telah berpindah ke UNITAR Kelana Jaya. Turut terlibat ialah adik penulis, Zek. Semestar baru ini Zek telah berulang alik dari Bandar Baru Sentul ke Kelana Jaya. Kesian bila dilihat beliau berulang alik ke Kelana Jaya sedangkan beliau sepatutnya menumpukan perhatian terhadap pelajarannya. Jadi penulis cuba untuk berpindah ke Kelana Jaya dengan harapan lebih dekat dengan Zek , mungkin juga Zek boleh turut tinggal bersama penulis.

Rumah sewa penulis yang baru diduduki sebenarnya sebuah rumah teres 2 tingkat.Housemate yang lain teleh tinggal disini kira-kira 3 tahun yang lalu. Sudah agak lama penulis tinggal di rumah apartment. Jadi tinggal di rumah "atas tanah" mungkin sedikit kelainan dirasai. Jiran mungkin antara perkaranya. Dulu jiran tak berapa dikenali, tapi penulis belum berkesempatan berkenalan dengan jiran. Bukan apa , mereka yang tinggal di rumah ini pun tak berapa mengenali jiran. Harap-harap nanti ada peluang bersua bertegur dengan jiran.InsyaAllah. Satu lagi yang penulis rasa agak berlainan ialah nyamuk. Apartment dulu tinggal ditingkat atas, nyamuk tak hinggap pun di badan penulis. Berbeza di sini.Nyamuk memang ada.Ubatnya nyamuk sentiasa di pasang. Takut malaria.

Harap penulis dapat merasai kemanisan tinggal disini sama seperti 7-9-8 Bukit OUG.Terima Kasih buat housemate OUG yang penulis rasa amat bertimbang rasa dan tak banyak kerenah. Terima kasih lagi.

Wak Khalid Dalam Kenangan

Hari Ahad 30 Oktober , pagi-pagi abah sudah mengjutkan semua orang. Pagi tersebut aku telah bersiap sedia. Seperti yang dijanji kami akan mengunjungi makam seorang sahabat abah. Bukan sahaja sahabat abah tapi juga bagi aku layanan yang aku terima dan beri kepada beliau seolah-olah beliau merupakan pakcik kandung aku sendiri. Wak Khalid . Beliau sentiasa berada di sisi keluarga aku, biar macam mana susah, macam mana masalah pun melanda. Beliau pergi meninggalkan keluarga beliau pada 25 Oktober yang lalu.Sakit darah tinggi. Sudah terlantar di Hospital Mersing pada Bulan lalu dan penulis berkesempatan melawat beliau.

Sewaktu aku melawat beliau pada bulan September yang lalu.

"Ajis, Ni anak sedara kawan, dia pergi Australia ari tu" Beliau kemudiannya mengengit mata kearah aku.Kebiasaannya penduduk di Endau membahasakan diri sendiri sebagai "kawan".
Walau pun berada di atas katil wad, jelas Wak Khalid masih mahu bergurau-gurau dengan mereka yang berada di Wad.

"Aaa.. saya pun dulu pergi Australia, masa tu umur kawan 12 tahun" ujar Pak Ajis yang berada di katil sebelah. Mersing, pekan kecil penduduk memang senang mengenali antara satu sama lain.Tidak hairanlah Wak Khalid sebanyakkan pesakit dan juga jururawat bertugas di Wad tersebut.

"Ni kerja Telekom ni Ajis, ni anak sedara kawan ni" sekali lagi beliau cuba berlagak sambil mengengit mata lagi.Makcik Ani di sebelah cuma tersenyum .

"Aii Wakk.. apasal tak suruh Zu bawak kereta sampai dalam ni tadi.Boleh kita berlagak lebih skit ,Wak"

Memang Wak akan bergurau dengan aku kalau berjumpa, dengan lawak selambanya. Pernah beliau menyuarakan pendapat mahu tinggalbersebelahan dengan keluarga aku memandangkan beliau mempunyai sebidang tanah. Alasan mahu berjiran kerana senang mahu bertumbuk bilabergaduh nanti. Boleh bergaduh di tepi pagar saja. Tak payah jalan jauh-jauh.Nak baling pinggan lesung pun senang. Bunyi macam kasar tapi kami sekeluarga dan keluarga beliau sudah biasa dengan gurau senda sebegitu.

Dalam keluarga aku dan abang aku memang begitu rapat dengan Wak Khalid.Abah memang kenal dengan keluarga Wak Khalid.Sejak abah menduduki jawatan Guru Disiplin di Sekolah Menengah Ungku Husin lagi.Sebenarnya begitu banyak kisah untuk aku ceritakan disini.Tapi cukuplah sekadar ini.
...Al fatihah.

Raya 1


okay Posted by Picasa

Pejabat Kuih Raya

12 Oktober. Lebih kurang jam 10 pagi , penulis masih diatas katil. Malam sebelumnya penulis bekerja malam. Tiba-tiba telefon mobil penulis berdering.
Nombor Abah tertera.
Sudah dua tiga hari Abah cuba menghubungi penulis . Sebabnya mahu bertanya tentang sambutan Hari Raya tahun 2005.
“Zu, tahun ni kita beraya di Machang!” ujar Abah.
“ Bila kita nak bertolak dari Mersing ,Bah?” tanya aku.
“Mungkin 1 haribulan” jawab Abah.

Bukan saja Abah yang asyik bertanya tentang raya yang bakal menjelang. Zek pun turut bertanya. Lagipun ini tahun pertama Zek pulang berhari raya dari Kuala Lumpur. Jadi perlulah dia bersiap-sedia awal. Tapi seperti biasa penulis memang membuat persediaan minit pada minit-minit terakhir. Tahun ini mungkin sasaran Abah mahu bawa pulang Syazwan ke Machang. Satu-satunya cucu Abah buat masa ini. Satu-satunya cicit Ayah Kelantan. Dan satu-satunya piut/buyut Tok Ye buat masa ini.

Tahun ini apa persediaan? Sebenarnya tiada apa yang tersenarai dalam fikiran penulis, kecuali kacang dan muruku. Apa yang penulis beli sebagai mengambil kesempatan dengan harga barangan yang murah di sana sini untuk membeli barang yang memang penulis idam-idamkan seperti pakaian dan kamera.

Keluarga pula bagaimana, biasanya kalau bertanya Ma (ibu penulis) , beliau sentiasa berkata
“ Tak pe Zu, tak perlu beli apa-apa. Kuih sudah ada . Tak de apa Ma nak pesan”.
Dari 2002 sampai ke 2005. Tapi disebabkan penulis tak mahu pulang dengan tangan kosong, biasanya penulis akan membeli kacang atau muruku. Ermm... makanan yang tahan lama. Memang penulis sengaja beli lebih sedikit supaya boleh diberi kepada makcik-makcik penulis yang lain.

Bila berada di pejabat pula. Terdapat juga kegiatan jual beli di pejabat penulis. Meja penulis berdekatan dengan pantry. Jadi dari meja penulis sendiri memang jelas kelihatan sample kuih untuk dijual. Boleh tahan banyak senarai kuih yang tersenarai. Cuma penulis memang kurang berminat mengambil tahu atau menempah kuih muih tersebut. Tapi bila mereka berkumpul bercerita tentang kuih biasanya penulis datang menyampuk. Menyibuk.
“Isti, kau beli kuih ni, memang sedap aku cakap kau” ujar Amir dengan muka yang penuh bersemangat .
“....Kuih ni aku dah beli tahun lepas “ penulis cuba berbohong.
“Aaa..camtu kau cuba pulak kuih Almond Coklat Terulung ni!” sambung Amir lagi.
“Tanak la. Aku nak kuih yang sekali makan nak lagi. Makan satu bekas ,tak perasan dah habis, yang aku tak sempat nak bawak balik kampung” ayat mengelat penulis
“ Ada!!!! ..“
“ Wei, aku malas nak beli la.” potong penulis. Amir sebenarnya bukan penjual kuih raya. Tapi sekadar mahu memeriahkan suasana membeli di pejabat. Rasanya setiap pejabat ada kerenah orang seperti Amir atau mungkin lebih teruk lagi. Penulis pula memang turut suka memeriahkan lagi suasana yang sedia meriah.
Hari ini Ahad 23 Oktober ,penulis berkesempatan singgah di pejabat sebentar. Agak terkejut juga sebab di pejabat penulis terserempak dengan beberapa pekerja yang sibuk mengagihkan kuih muih yang ditempah Hampir seguni juga tempahan yang ingin diagihkan. Berapa agaknya pendapatan dari jualan kuih seguni? Persoalan yang timbul di benak fikiran penulis.

Yang pastinya tahun ini penulis dikehendaki menjual Pek Permulaan Prabayar . Tak tahu apa sebab tapi penulis dimaklumkan syarikat mahu berkongsi jualan/habuan dengan pekerja-pekerja. Harap-harap tahun depan syarikat akan mengedarkan Kad Cas semula pula kalau mereka benar-benar mahu berkongsi jualan/habuan dengan pekerja.

Buat pembaca ,moga anda dapat menghabiskan ibadah berpuasa tahun ini dengan sempurna. Selamat menyambut perayaan Deepavali bagi mereka yang beragama Hindu.

Chicken Rice Shop vs Selera Sama

Hujung minggu yang lepas penulis berkesempatan mengunjungi MidValley. Niat penulis sebenarnya adalah untuk menghadiri seisi penerangan tentang Hak Cipta Penulisan yang diadakan di MPH. Alhamdullah ,penganjur masih mengenali penulis walaupun sebenarnya penulis sudah sekian lama sepi tanpa berita. Pada seisi tersebut ramai yang mengikuti seisi , malah soalan-soalan soalan juga bertalu-talu diajukan.

Setelah tamat seisi tersebut penulis serta rakan telah mengambil keputusan untuk manjamu selera di Mid Valley. Biasanya sebelum ini penulis akan memilih Food Court di tingkat atas atau pun Chicken Rice Shop. Tapi sejak akhir-akhir ini penulis kerap memilih Makan Foodcourt di tingkat bawah, berdekatan dengan surau dan juga antara laluan masuk bagi mereka yang menunggang motosikal ke Mid Valley.

Gerai yang biasanya menjadi pilihan penulis ialah Selera Sama No 19. Antara hidangan yang ditawarkan ialah Nasi Ayam dan juga Nasi Goreng Ayam. Apa yang begitu menarik tumpuan penulis ialah kanak-kanak perempuan yang menjadi jurujual di gerai tersebut. Beliau berumur dalam lingkungan lebih kurang 13 tahun. Biarpun sebenarnya kerja yang dilakukan beliau begitu sibuk, tapi jelas dia begitu gembira dengan tugas-tugasnya.

" Nasi Goreng Ayam dua ... " laung kanak-kanak tersebut yang kadang-kadang dengan keadaan tubuhnya bergoyang seolah menari-nari.

" Adik , boleh minta cili lebih? " Bila penulis meminta untuk mendapatkan lebih cili , beliau sedikit pun tidak keberatan untuk menunaikan permintaan penulis. Beliau terus meletakkan cili dalam bekas cili yang lain, sesudah itu terus tersenyum.

" Kakak nak apa? " kanak-kanak tersebut bertanya kepada pelanggan yang lain sambil kening terangkat sedikit. Sepanjang penulis menjamu selera di situ, memang sentiasa terdapat pelanggan yang berdiri menunggu giliran masing-masing.

Ibunya pula berada di sebelah sedang memotong ayam serta sayuran untuk hidangan. Di dapur abangnya atau mungkin adiknya pula ditugaskan menggoreng nasi bersama bapa mereka. Pada hari hujung minggu yang kita biasanya menghabiskan waktu istirehat bersama keluarga masing-masing terdapat sekeluarga yang lain sedang sibuk mencari rezeki. Itu yang sebenarnya yang agak menyentuh perasaan dan hati penulis. Di sini, di Kuala Lumpur begitulah percaturannya. Penulis mendoakan agar mereka sekeluarga terus dapat menikmati rezeki yang diberikan oleh Tuhan. Moga mereka terus mendapat tempat yang sesuai untuk berniaga demi pendapatan sekeluarga.

Tapi sebenarnya penulis bukan menjamu selera semata-mata kerana mereka sekeluarga. Nasi ayam yang dijual memang sedap. Setakat ini daging ayam yang dihidangkan mereka memang cukup lembut. Tambahan penulis lebih selesa dengan suasana di foodcourt tersebut.Tapi di foodcourt ini sedikit panas berbanding foodcourt di atas. Mungkin sesuai bagi mereka yang cuma mementingkan perut anda berisi. Bukan bagi mereka yang mementingkan suasana selesa.

Kebanyakkan pengunjung merupakan jurujual-jurujual yang bekerja di Mid Valley, remaja-remaja dan juga kaum-kaum pendatang. Sebelum ini akwasan berkenaan merupakan kawasan parking kereta dan sebahagian kawasan kosong. Dahulu penulis biasanya melalui kawasan tersebut bila meletakkan motosikal di kawasan letak matosikal iaitu di kawasan lapang di luar Mid Valley. Kini tempat meletak motosikal baru juga memerlukan penulis melalui tempat yang sama.

Ingin penulis ingatkan kepada pembaca-pembaca sekalian, Buat masa ini untuk mengunjungi Mid Valley pada hujung minggu , anda perlu meredah sedikit kesesakan memandangkan terdapat kerja-kerja pembinaan bangunan baru Mid Valley Garden . Mungkin ada memerlukan alasan yang benar-benar berbaloi bagi menuju ke sana. Walaupun menggunakan motosikal, anda tetap menghadapi masalah di tempat letak motosikal yang ternyata sesak. Bagi mereka yang menggunakan komuter pula anda perlu memastikan dan merancang jadual perjalanan anda kerana anda mungkin perlu menukar gerabak komuter di KL Sentral dan menunggu mengikut jangka sama yang ditetapkan didalam jadual. Penulis ada menghadapi dengan jadual perjalanan komuter sedikit masa yang lalu .

Panduan Treasure Hunt

"Aduh, banyak pulak salah tu, tak menang lagi la jawabnya..." keluh Hamidee.

Memandangkan Mior dah bising-bising dalam Cerita Sambal Tempe, jadi terpaksalah penulis menaip hari ini. Semalam ada berlangsung pertandingan mencari harta karun. Ataupun lebih disebut sebagai treasure hunt.Pertandingan semalam dianjurkan oleh WWF. Lokasi mencari harta di sekitar Kuala Lumpur dengan menaiki Putra , STAR dan berjalan kaki. Kira-kira sebulan yang lalu rakan penulis, Hamidee sudah awal-awal menghubungi penulis mengajak untuk turut serta dalam pertandingan tersebut. Memandangkan dalam kalendar penulis memang hujung minggu yang sudah ,terdapat kekosongan, jadi penulis bersetuju untuk turut serta. Siapa lagi yang ikut serta? Fafizah , team member yang memang rajin berfikir cara treasure hunt. Taufik , fikir berlebihan tapi wajib berasap sebelum mahu berfikir. Hamidee, dalam treasure hunt karakter dia berubah jadi seorang yang garang. Penulis, si pemalas yang hingga sekarang tidak boleh berfikir ala treasure hunt.

Rasanya ini sudah kali yang ke-5 penulis menyertai treasure hunt.Kali pertama , kami sepejabat punggah hamper . Bernasib baik yang amat sebab pertandingan diadakan di Plaza Bukit Bintang. Turun naik tangga . Jawapan yang diberikan pun tidak berbelit-belit. Beza setiap kumpulan pada masa tersebut ialah kepantasan. Kami yang muda-muda memang itulah kelebihan yang ada.

Apa yang penulis dapat perhatikan ada pelbagai tujuan orang ramai menyertai treasure hunt. Salah satunya berseronok bersama rakan-rakan. Setelah puas bekerja seminggu. Tiba hujung minggu apa salahnya kalau brainstorm bersama teman sekerja dengan perkara-perkara yang di luar prosedur dan ilmu kolej.

Ada yang turut serta sebab salah satu peluang bercuti cara murah. Penginapan disediakan. Begitu juga makan dan minum. T-shirt turut diberi. Kalau bernasib baik peserta turut berpeluang bertemu atau menyaksikan persembahan mana-mana artis terkenal. Contohnya Motorhunt yang disertai penulis kira-kira 3 minggu yang lepas. Motohunt Family Penyayang dari Kuala Lumpur ke Genting. Penginapan semestinya, persembahan artis-artis seperti, Dayang Nurfaizah, Ning , Nora , Hazami , Zainal Abidin berserta lawak jenaka Salih Yaacob. Ditambah lagi tiket Taman Tema Genting yang memang penulis tunggu kerana tidak pernah ke Genting untuk bergembira seperti rakan-rakan penulis yang lain. Semuanya dengan kos RM40. Kalau menang mana-mana hadiah sudah tentu balik modal. Tapi seperti biasa susah untuk penulis naik ke pentas bagi mendapat hadiah-hadiah yang ditawarkan.

Bila bercerita tentang kesukaran mendapatkan tempat yang baik, penulis ingin bercerita tentang segolongan lagi peserta treasure hunt.

“Wei wei, aku nampak Sam , memang dia pulun hadiah la jawabnya” kata si Fafizah bile ternampak Sam musuhnya.

Bagi penulis Sam merupakan ikon treasure hunt. Mana-mana pertandingan treasure hunt yang penulis sertai, mesti ada kelibat beliau. Penulis dan rakan-rakan sendiri tak pernah bertegur dengan Sam. Tapi beliau pernah marah-marah kami sebab bertukar-tukar jawapan. Semakinlah penulis membenci beliau. Umur beliau dalam lingkungan 35-40 tahun. Rambut sudah mula beruban. Berkaca mata.. Setiap kali bertemu beliau biasanya beliau akan berseorangan menjawab soalan yang diberikan. Ahli kumpulannya biasanya tidak bersamanya. Mungkin mereka menggunakan taktik berpecah dan cari jawapan masing-masing kemudain berbincang. Satu rutin Sam yang penulis terikut-ikut ialah menbawa kamus ke hulu ke hilir. Memang nampak kiasu tapi sedikit-sebanyak membantu anda. Tujuan beliau memang untuk memenangi hadiah dan setiap kali treasure hunt. Beliau akan naik ke pentas untuk mengambil habuannya yang kadang-kadang terdapat penganjur yang menawarkan hadiah bernilai beribu-ribu ringgit.

Niat penulis ialah untuk berseronok bersama rakan dan juga bercuti cara murah. Bagi mereka yang berkeluarga kegiatan ini amat menyeronokkkan. Ada anak-anak tidak faham dengan apa yang dicari oleh ibu bapa mereka. Apa yang mereka tahu memang menyeronokkan keluar berjalan-jalan bersama ibu bapa mereka. Tapi lebih menyeronokkan melihat anak-anak cuba membantu ibu bapa mereka mencari jawapan. Bila jawapan ditemui terjerit-jerit menyebut jawapan sambil peserta-pserta lain memasang telinga untuk mendengar. Kebiasaan pasukan penulis lebih seronok berada di hadapan , ataupun lebih cepat berbanding orang lain jika semua peserta dilepaskan serentak.

Tips bila anda menyertai treasure hunt? Datang awal. Kenapa ? Supaya anda boleh daftar dengan aman, menyesuaikan diri dengan persekitaran. Mungkin cuci mata bagi yang gatal. Boleh juga mengumpat terutamanya ada pelbagai gelagat manusia.

Biasanya penganjur akan memberikan beberapa benda.Bergantung kepada penganjur sebenarnya
1) Tulip - Peta perjalanan anda .
2) Bahagian Soalan sepanjang perjalanan- Soalan yang dijawab/dicari sepanjang dalam perjalanan . Yang biasanya tulisan-tulisan, ataupun signboard. Berdasarkan soalan cari jawapannya. Dimana anda perlu cari? Rujuk Tulip yang diberikan. Contohnya soalan 3 hingga 5 mungkin sekitar dari sebuah persimpangan hingga ke persimpangan yang seterusnya.
Contoh soalan: Without a male it become a parking space
Jawapan: MAPLE ZONE
Kenapa? bagi komen anda...
3) Treasure - “Harta” yang perlu dicari berdasarkan klue atau panduan .
4) Bahagian soalan berdasarkan risalah – ada penganjur yang menyertakan dengan soalan berkenaan penaja mereka atau berkenaan organisasi mereka.

“Alamak! Salah tulis , Adun ada pemadam tak? “
“Adun apa maksud peon”

Bawa pen, kertas conteng, pemadam dan juga kamus jika rajin. Lebih mudah lagi kalau anda menggunakan paper holder. Tips paling penting sebenarnya jadilah seorang yang kiasu. Sorokkan jawapan anda. Jangan biarkan jawapan anda terdedah sebab peserta-peserta lain sememangnya mahu mengintai jawapan anda. Jadi bila menggunakan paper holder , kertas yang paling atas berfungsi untuk menutup jawapan anda. Penulis pernah menghadapi situasi seorang peserta kiasu yang memandang jawapan penulis dengan muka selamba. Memang marah betul .

Bila anda mengetahui yang peserta lain amat kiasu, jadi kenakan mereka. Ada masa penulis akan menuding jari ke arah yang sebenarnya bertujuan mengelirukan pihak musuh. Mata pandang lain , tapi otak sedang memikirkan benda lain. Pandang atau tuding sekumpulan lagi bagus. Sebab golongan kiasu akan menggelabah mempersoalkan kebenaran jawapan yang telah mereka jawab.Lagi pun penulis suka melihat orang lain menggelabah sejak dari belajar lagi.

Satu lagi trend terbaru ialah membaca bersama kamera digital . Boleh membantu anda sebab ambil saja gambar klue,signboard yang berkenaan. Kemudian berkumpul dengan ahli kumpulan yang lain untuk berbincang. Pilih mana yang sesuai. Ada treasure hunt yang menghendaki anada menyusun 6 gambar yang perlu dilihat di 6 lokasi berlainan. Jadi apa anda perlu buat semestinya mengambil gambar dan susun sebelum hantar kertas jawapan.

"Mana aci macam ni!!! Diorang semua guna kamera phone, kita takde! " keluh seorang peserta bila melihat peserta-peserta lain menggunakan kamera phone.

Agak penting juga untuk anda merancang masa sebaiknya. Tips lain , mungkin pembaca yang lain boleh coretkan di sini.Apa-apa pun hendaklah diingat penulis cuma seorang yang amatur dalam treasure hunt. Tips diatas berdasarkan pengalaman penulis.

Sambal Tempe Ikan Bilis

Taip kali Man balik kampung, mesti dia bawak balik sambal tempe campur ikan bilis goreng. "Krukk krukk Krukk" memang sedap kalau kunyah. Kalau Man balik dari kampung , aku memang tunggu. Sorry to say. Man, aku memang nak perabis lauk kau tu.

Cerita aku kali ini ditujukan kepada Qusairy .Selamat Ulang Tahun Kelahiran buat Man. Geng pillow talk versi OUG. Biar aku bercerita sikit tentang Man. Dulu aku ada dengar Man ni mamat Basikal. Basikal Lumba tu .Man sebenarnya rakan sekolah aku di Muar .Setelah tamat SPM , pada mulanya kami mendapat tawaran ke UTM. Semasa dalam minggu orentasi , kami ditawarkan ke MMU. Kesudahannya kedua-dua ambil keputusan untuk ke MMU pula. Di MMU Melaka , kami berdua tinggal serumah bersama Hasanul, Mat Shah , Suzaimi dan Nizam. Man tinggal sebilik dengan Hasanul yang takde perasaan.Aku dok ngat Nizam yang rajin study. Mat Shah mamat lawak selamba dok ngan Suzaimi. Man ni... memang rajin minum susu. Rajin sangat-sangat la.

Aduhai, Wei aku takleh tulis ayat standard untuk post yang ini. Aku kena guna ayat pasar skit okeh,

Dia punya rajin minum susu ,sampai kole dia yang warna biru muda tu, kalau tuang air suam, boleh rasa susu gak. Kat MMU pun dia pakai kole yg sama ,pastu memang berlengkar kat katil dia. Dok sibuk main games dia. Yang aku tau dia keluar dari bilik dia untuk Gym atau kelas je.

Masa kat Melaka kiteorg rajin bela moto kiteorg. Sebab kiteorang rajin riak dengan Mat Shah sama Nizam. Sebab kononnya moto diorang tak best.Moto Kiteorg best. Teruk siut kiteorg masa tu.Man siap cakap bawak moto Mat Shah tu macam duduk tandas duduk nih. Hasanul lak pernah kutuk moto Nizam secara tak sengaja , dengan tipu daya Man aa.Rujuk Man.

Baru-baru ni Man banyak bernasib malang skit. Tempah keta ,tak dapat-dapat, padahal dah siap beli pedal lock nihh. Tempah keta sekali lagi,,pun lambat .Dah dapat keta ,Spot Rim lak ilang. Beli Rim baru, pastu baru2 ni pedal lock lak buat hal. Letih siut . Penyabar mamat ni. Man,Lock tu nanti kasi aku lock Honda aku aa.

Man rajin main PS2 dia dengan Muzammil dan Wahyudi. Diorang siap jerit-jerit kat depan tv tu.
"Demittt..." Wahyudi kena pentes dengan Man ,
"Apasal tak masukkkk!!!!" Muzammil jerit Ronaldo sepak tak masuk ,
"Aku bernasib baik je tu" Man dapat score tapi tanak riak ,
"Tadi aku tepon adik aku, dia dah dah ajar teknik-teknik terbaru" Ni Memang ayat Man sorang aa, siap adik buat brainstorm ngan adik dia kalu balik kampung ni.
Kadang-kadang diorang ada panggil team jemputan dari rumah Asyudi,Hadi,Hasanul dan Pokdir. Rajin betul, ade yang siap beli "mende alah" yang nak kasi diorag main 4 org. Aku pun taktau nak sebut "mende alah" tu ape ntah. Kalau jemaah diorg lagi ramain lagi bagus kot.

Satu lagi bebudak umah aku rajin tengok bola. Man ni tengok je la, turun padang tak rajin sgt kot..hehe. Teori Man, Jogging boleh sebabkan otot-otot korg cepat rosak
Pas tu rajin dok cite Ronaldo aa, Figo aa, Maldini aa, Cannavaro aa. Kalau hari-hari rajin main PS2 je , nama hapal la kot.Tapi Man dari dulu dok ikut bola aa, dari sekolah kot, bukan sebab tanak takut geng opis kutuk sbb tak tau result ke hape(certain opismate aku nya budaya ada camtu skit). Cam Mior dia siap SMS Man nak tau result Juve lawan Liverpool aritu( jahat gila aku kutuk Mior);P

Berapa orang anak?

"Aku kalau boleh mahu tujuh orang anak" ujar Suhairi, rakan sekampung aku.
"Engkau kerja kerajaan Suhairi, tak jadi masalah. Tapi kalau aku 3 atau 4 saja agaknya"

Topik perbualan aku dengan Suhairi ialah anak. Suhairi merupakan seorang rakan aku yang kini bekerja sebagai Pensyarah di Kolej Komuniti . Baru mendapat cahaya mata kira-kira 2 bulan yang lalu.Seronok dapat anak. Kawan sedarjah aku sejak aku Tingkat satu hingga Tingkatan lima. Panjang cerita kami pada hari tersebut. Kebetulan aku dari perjalanan pulang dari Kuantan ke Kuala Lumpur setelah selesai tugas di sana. Minggu yang lalu Suhairi ada menghubungi aku.Setelah mengetahui aku berada di Kuantan , dia mempelawa aku singgah di rumahnya yang terletak di Barat Pahang. Memandangkan aku sudah lama tak berjumpa Suhairi sejak majlis perkahwinannya , aku pun bersetuju untuk singgah.

Walau pun Suhairi bekerja sebagai pensyarah , tapi banyak aktiviti Kementerian Pendidikan Tinggi yang dia turut serta. Bagus pada aku, sebab dari ceritanya di situ dia mendapat banyak pengalaman. Tapi sebagai pekerja kerajaan , kenaikan pangkat ikut senioriti ,pengalaman tersebut tidak banyak membantu. Tidak apa yang penting kita gembira dengan tugas kita. Itu pendapat aku.

LIVESTRONG dan Bank Sperma

Awal pagi, aku tonton saluran STAR WORLD. Rancangan Oprah dengan tamu undangan Jaguh Lumba Basikal Lance Armstrong , yang memenangi Tour de France 6 kali berturut-turut. Lance mengidap Barah . Sedih bila ikut kisah hidup Lance ni. Topik yang aku ingin ketengahkan ialah beliau dapat anak setelah disahkan mengidap barah tahap serius. Kalau dapat anak setelah mengidap barah tahap serius, anak mungkin ada terkesan. Tapi Lance terlebih dahulu sudah simpan sperma dia di Bank Sperma. jadi anaknya itu hasil dari spermanya sebelum mengidap barah. Dia pun bersyukur sebab dia sudah ambil langkah tersebut di masa muda. Spermanya yang ada di Bank Sperma kualilinya sama seperti sebelum dia mengidap barah dahulu . Aku rasa kalau tak salah kalau kita ambil langkah simpan sperma di bank sperma sementara sedang sihat. Lucu . Tapi cuba kalau anda berada di situasi Lance.Masalahnya di Malaysia ada tak bank-bank sebegini?

Satu lagi yang menarik gelang LIVESTRONG. Lance memperkenalkan gelang ini. Semangat tak mahu mengalah seorang pengidap barah.

Tanggal 26 Mac

26 Mac ,genap 26 tahun umur teman serumah aku. Namanya Mior Affendy Abdullah.Kisah berkenalan dengan Mior ni seperti diceritakan di dalam blog dia pada 26 Januari 2006.

Dalam rumah aku, Mior kalau tengok TV ,kalau dia excited(teruja-ujas),dia akan sebut nama hosmate dia , Contoh "Man, Man ,tengok Singa tu" tengok Discovery. "Man,Man, tengok dia makan usus babi tu" tengok Fear Factor. "Man, Man , Eeeeuuu... nyampah aku tgk pompuan tu" tengok American Idol/Outback Jack. Dulu masa Majid serumah , dia asyik sebut nama Majid. Nasib baik dia tak pernah sebut nama aku. Sebab aku marah balik kalau dia sebut nama aku. Sebab aku garang.He he.

Bila kampus MMU Cyberjaya mula-mula dibina, kami berenam (aku pun tak ingat siapa) pergi jalan-jalan tengok kampus. Niat asalnya ,pergi KLIA ,ada rakan sekolah Mior nak pergi Oversea, Jepun agaknya. Enam orang 3 motor. Mior naik dengan aku. Masa balik Mior siap terlelap. Helmet dia dua tiga kali terantuk helmet aku. Nasib baik mamat tu tak baring atas highway PLUS,lepas kena lenyek.

Satu lagi yang Mior berserta Muzammil suka ejek aku, pasal Pierce Brosnan. Entah mana silap , satu hari aku selak FHM (secara laju la), aku sebut "PENCEROBOHAN" , aku sendiri pelik. Aku selak balik muka surat tu. Rupa-rupanya Pierce Brosnan. Muzammil dengan sekutunya Mior perasan. Dia ejek aku sampai sekarang. Kalau mior nak kover pasal kebodohan Inggeris dia, memang dia bukak cerita aku tu.

Ada lagi satu ,pasal Mior dan kawan-kawan, masa belajar dulu diorang aku ikut trend Nasru. Nasru rakan belajar kiteorang. Kalau Nasru tak suka si A , Mior dan kawan-kawan aku (termasuk aku kot) tak suka si A. Kebanyakan orang yang Nasru tak suka ni , Mior baik dengan diorang masa MTP dia dulu. Aku pun pelik apasal suka ikut si Nasru ni.Banyak lagi cerita tapi aku dapat nak ingat sekarang. Kepada Mior . Happy Belated Birthday. Thank for your support. Mati hidup balik pun ,aku tak rasa jumpa org macam ko Mior.Pemalas tapi OK + Bernasib baik sokmo. Dulu, tapi sekarang aku rasa sifat pemalas dia dah kurang sangat. Cuma lambat pergi kerja saja. Thanks.

Balik Mersing

24 March 2005. Selesai daftar Paper Julai Zek(Adik) , terus aku singgah pejabat dulu. Isi borang Trip Application. Sebab hari Selasa disuruh ke Atabara Kuantan. Inconsistant Excel jadi Eastern Region ask me to come. Sebab apa? Agaknya dah tak ada hero lain . Rasanya dalam dua tiga bulan lagi memang aku boleh pusing satu Malaysia agaknya sejak Najib berhenti.

Malam .Lepas tengah malam baru aku mula bertolak balik kampung. Pukul 10 malam Abah call. Dia suruh balik lalu lebuh raya. Minta Maaf Bah. Aku tengah kering sekarang. Seperti biasa aku lalu Bukit Putih - Keratong - Muazam Shah.Rasa aku dah tahu risiko, jadi kena la berhati-hati, maklum jalan sempit . Tapi, sampai Bukit Putus rasa semacam . Tapi tak kisah. Sampai Keratong , ada musang lintas jalan masa aku tengah pecut 110 km/j. Aku langgar , nasib engkau la musang . Sib baik tak gilis dek tayar aku. Kalau tak memang terbalik/terbabas WKM . Drive alone . 100 am till about 530 am.

Projek kena langsai untuk trip balik Mersing, sebab takde masa lain dah.

Receive Call Not Success While Roaming

"Letih la kerja macam ini" dalam hati
"Isti, ada progress tak dengan receive call roaming?"
"Saya dah log pada Logikos, ada tiga log file sudah diberi, Logikos release call , not on Celketum side, so i'm waiting their investigation report "
"Nanti bila ada progress, update OK "
"Berehh!!" dalam hati
Dialog dengan En Hasan Da Boss.

Panjang cerita sebenarnya. Pelanggan Prepaid yang sedang berada di seberang laut tak dapat dihubungi. Daripada fail-fail log yang aku dah tengok dari A ke Ya , platform yang aku jaga ni bagi inconsistant yang amat. Tapi punca bukan dari server aku .Konfident. Boss besar tak tahu lagi. Tunggu Dato' pergi oversea agaknya,then baru meletup. Hari ini aku start bercuti. Minggu depan ke Kuantan.

GMB - Giving My Best

"Albert, cun gila awek tu"
"Eh, apasal ko tenung awek tu?" tanya Aku pada Albert.
"Macam pernah aku lihat.......GMB!!!"separa jerit si Albert.
"Itu kumpulan GMB ka?"tanya Albert kepada pengawal hotel.
"Ya, mereka ada konsert malam ini di sini" jelas pengawal keselamatan kepada Albert.
"Albert, sapa GMB? Apa yang engkau seronok sangat?" Isti cuba mendapatkan penjelasan dari Albert dengan muka berkerutnya.
"GMB ini ..satu kumpulan yang terkenal dikalangan pengikut gereja.Awek tadi rasanya isteri pengurus mereka."jelas Albert.Mukanya jelas keriangan, sambil menjengah-jengah ke arah Cafe Hotel mencari S.

Albert sebenarnya dari Kota Kinabalu.Berada di Tawau sebab ada tugasan untuk diselesaikan di ibusawat. Sama juga seperti aku.

Aku sendiri sebenarnya agak teruja(pinjam kamus Mior). Daripada penjelasan Albert , kumpulan GMB memang terkenal. Konsep? Rock/Alternatif agaknya. Tapi kumpulan ini sebenarnya lebih dikenali sebab kumpulan rohani, ataupun menyanyi di gereja. Memang terkenal di gereja Indonesia sana.Anehkan? Konsep baru bagi agama kristian agaknya. Berbeza dengan islam yang kurang terbuka dalam bab ini . Menurut Albert lagi bagi mereka yang ke gereja memang tahu kumpulan ini. Albert sendiri tidak tahu terdapat konsert GMB malam itu. Tambahan pula awek-awek yang hadir memang cun.Senyum. Menurut Albert ramai Kadus (Kadazan Dusun). Sedap jugak mata memandang. Tapi pakaian tidaklah seksi macam di Nouvo atau The Beach .Contoh lagu? Nothing Is Ever Impossible - GMB. Tidak banyak maklumat berkenaan kumpulan ini. Bagi penganut Kristian di Indonesia , Tuhan dipanggil Allah , untuk informasi kita di Malaysia Barat. Tak percaya? Baca fail .pdf ini.

Jam tepat pukul 8:15 minit malam. Pukul 9 malam kami mesti berada di ibusawat.
"Albert, kita makan dulu dekat depan sana ." tanya Aku pada Albert. Aku sendiri tahu,Kalau boleh Albert mahu ke konsert GMB.Nampak dari riak wajah Albert.
"OK, ....sayang betul " Albert setuju, tapi dengan hati yang berat.
Kami pun menuju ke gerai makan yang berada tidak jauh dari situ. Pukul 9:45 malam bertolak ke ibusawat. Konsert GMB? Kami cuma menjengah ke pintu masuk dewan.

Inanam dan Pasar Filipino

"Mana kamu Isti? Aku sudah sampai di airport tunggu sama kamu" tanya Adam melalui telepon bimbitnya dengan telor Sabahnya.
"Baru sampai Adam. Baru keluar dari balai ketibaan, Ni aku sedang lambai tangan" jawab Isti terikut-ikut telor Sabah Adam.
" Aaa,, aku sudah nampak kamu" balas Adam bila dapat mengesan Isti.
Hari ini masuk hari ke tiga aku di Sabah.Hari ini juga aku tiba di Tawau sesudah selesai tugasan di Inanam. Langkah tak jauh, cuma sekitar Hotel Promenade ke Inanam sahaja. Cuma ke Pasar Filipino yang mana aku berjalan kaki.Kira-kira 400 meter.Kali ini cuma menjengah, tak membeli. Pasar ini terletak kira-kira 20 meter dari tambak laut. Kebetulan kali ini aku datang lebih kurang pukul 6.00 petang. Bayangkan matahari tenggelam.Cantik warna perang di sebelah barat.

Kemudian pergi merasa makanan di pasar malam yang terletak bersebelahan dengan Pasar Filipino tersebut.
"Ini apa ?" tanya Isti .
"Martabak,Martabak" jawab penjual berulang.
Martabak, lebih kurang murtabak, tapi ini lebih sayur,daging tidak ada cuma telur. Goreng pun dengan minyak yang banyak.
"Kasi Cendol satu" kata Isti .
"Bakso satu ya" tambah aku lagi
Cendol, tak banyak beza. Bakso ni macam mee celup kot.Bakso ni ada macam-macam jenis.Makasar antaranya. ABC ada beza sikit, bahan-bahan lebih banyak pilihan berbanding Semenanjung. Termasuk makaroni kueh teow. Aku pun pelik bila mula-mula melihat makaroni kueh teow di dalam balang.

Belakang pasar Filipino terdapat peniaga-peniaga menjual ikan bakar,sotong bakar, yang sudah sedia dibakar. Kemudian terdapat macam ulam-ulam ataupun lauk yang telah disusun bertindih-tindih(mangkuk-mangkuk). Maaf tiada gambar sebab tidak berkesempatan meminjam dari sesiapa.

Sebelah pasar malam ada pasar buah-buahan. Sebenarnya buah-buahan tidak banyak. Tembikai,Kelapa,Nangka,Pisang,Limau,Limau Bali,Ciku dan lain-lain. Suku bahagian tembikai yang telah dipotong harganya RM2.00 . Biasa saja agaknya.

Di belakang Pasar Buah-buahan ini terdapat pasar ikan basah terbuka. Sebut saja apa.Ikan yang aku memang tak pernah ada inisiatif nak tahu jenis-jenisnya.Udang, Sotong. Bahagian pasar ini lebih sesak berbanding pasar malam tadi. Terletak pula betul-betul bersebelahan dengan tambak yang aku sebut tadi.

Harapnya bila datang ke sini lagi aku akan bawa bersama digital kamera.Jadi kenangan. Insyaallah ada peluang. Dengan syarat aku kena siapkan tugasan kali ini dengan jaya dan sempurna.

Bengkel Penulisan

Hari ini penulis tak berminat menulis dialog-dialog untuk bacaan . Hanya ingin menyuarakan tentang blog rakan-rakan berkenaan beberapa kenalan ingin menjadi artis.Bila difikir-fikirkan rata-rata mereka berumur 26 dan keatas, sudah tiga ke empat tahun bekerja, memiliki pekerjaan dengan gaji yang stabil, sudah mula memiliki aset. Mungkin sudah 'masak' dengan pekerjaan masing-masing.

Penulis sendiri sekarang cuba mencari sesuatu untuk dijadikan karier di masa lapang. Bermula dengan sesuatu yang diminati. Dahulu penulis ada mencuba dengan bidang fotografi. Tetapi kos menjadi faktor penghalang. Baru-baru ini mencuba pula dengan bidang penulisan dan masih lagi mencuba dan berkembang dengan bantuan seorang senior penulisan dan penerbitan. Beliau pada penulis begitu cuba bersungguh-sungguh memberi bantuan.

Baru-baru ini penulis sendiri ada menyertai bengkel senior tersebut. Ternyata bengkel tersebut begitu bermakna. Cuma yang menjadi faktor penghalang buat masa ini ialah MASA. Tiada masa menulis. Apa yang boleh dibuat ialah mencuri masa dan menggunakan teknik-teknik yang telah diajar semasa bengkel. Fish bone dan Teknik KJ (Kad dan Jalan Cerita).

Terima Kasih diucapkan buat Pn. Ainon.

Tawau

"Isti, TAWE2 macam mana?" tanya En. Hasan. "I tunggu approval you, I nak pergi ke Tawau so dari sana installation for that equipment more easy for me",jelas Isti. "OK. Isi borang keluar stesen, nanti i approve it" ,balas En Hasan. "Satu lagi, jangan balik selagi tak selesai, that TAWE2 sangat-sangat critical for Sabah tau" tegas En.Hasan.

"Lagi bagus, saya memang nak meninjau lama sikit di Sabah" kata Isti dengan muka berseri-seri dan tersenyum. "Satu lagi En. Hasan, minggu depan cuti sekolah, ada kebarangkalian tiket kapal terbang habis, yang mana boleh menyebabkan saya kena pergi ke sana awal dan balik lambat" jelas Isti panjang lebar tersenyum-senyum lagi. "OK, i fine with it" balas En.Hasan lagi.

Sebagai tindakan susulan Isti pun mengisi borang-borang berkaitan. Berjalan menuju ke meja Kak Norhaliza.

"Fazrin, Mana Kak Nor?" tanya Isti pada si Fazrin. "Engkau tengok jam Isti, sekarang sudah pukul 5.40 petang" jawab Fazrin. "Ya Allah, workoholic betul aku ni" " Menyampahnya aku tengok budak ini" ejek Fazrin. "Takpa. Esok saja aku hantar borang ini" dalam hati Isti.

Rim Sport Hilang

Awal pagi 1hb March ."Apa yang tak kena Man?"tanya Isti sambil menggosok-gosok matanya."Rim Sport kereta aku hilang..." jelas Man dengan nada sayu, atau nama sebenar Qusairy."Ya Allah" dengan nada simpati."Boleh aku pinjam tayar kereta kau tak Dun, tayar spare kalau-kalau aku perlukan nanti" tanya Man. "Boleh. Kunci kereta aku ada di atas meja" Isti cuba memberikan pertolongan yang mampu disumbangkan kepada Man.

"OK jom Man. Takpe, hari ini aku lambat sikit pergi ke pejabat" laung Wahyudi dari luar bilik."Ehemm..ehemmm" Muzammil terbatuk-batuk tanda sakit tekak.Sejak semalam lagi memang Muzammil terbatuk-batuk. "Haa... Jom Man pergi Balai Polis Petaling, nanti engkau kena buat laporan polis" jelas Wahyudi cuba menghulurkan bantuan buat rakan rumahnya.."Ehemm..ehemmm" Muzammil terbatuk-batuk lagi tanda sakit tekak. "Ok..." balas Man dengan nada separa sayu. Mereka berdua pun berlalu keluar menuju ke Balai Polis Petaling yang terletak di persimpangan Jalan Kelang Lama dan Jalan Puchong.

Isti? Masih lagi di atas katil setia dengan selimut dan bantal-bantal tersayang.

Ooo iPod

"Eh Rafi. Bila beli iPod ini?" Isti bertanya. "Sudah 2 minggu aku beli, Macam mana , OK tak?"Rafi berkata dengan nada bangganya. " Pinjam sekejap .Mesti sedap dengar lagu ni" dengan muka tak malu Isti mengambil iPod Rafi tanpa sebarang persetujuan pun dari Rafi. Rafi memandang sahaja Isti berlalu , memang dia tahu benar perangai Isti.

Leka dengan permainan baru, datang pula Amir . "Wah, mana engkau dapat benda ni Isti?" tanya Amir kepada Isti . " Pinjam beb, ni Rafi punya. Tak rugi beb beli. Bunyi sedap , orang nampak pun bergaya" jelas Isti dengan muka bersungguh-sungguh.

"Alat ini ada pangkalan USB. Simpanan data sebesar 512 mega bit. Bukan MP3 format sahaja boleh dimainkan, malah WAV dan juga Real Player " jelas Isti. " Tidak perlu bateri. Proses mengecas bateri menggunakan pangkalan USB. Walaupun alat ini sebesar Flash drive, tapi baterinya memang tahan lama . Nah , cuba engkau dengar" Isti cuba memakaikan Amir dengan alatan iPod Rafi. "Eh! Boleh tahan. Haaa.. Engkau ni bila nak beli benda ini. Dulu iBook. Sekarang iPod. Ish.. Letih la Isti tunggu engkau nak beli benda-benda ni" ajuk Amir pada Isti. "Aku ni nak mempromosi barang Rafi pada engkau. Nanti aku beli iBook, jangan harap aku nak beri engkau pegang" balas Isti dengan nada anginnya.Amir tersenyum. Sepanjang 3 tahun berkerja dia sendiri tahu perangai Isti yang memang biasa bergurau dengannya.

Interview

Marah. Geram. Alahai....kalau nak interview aku pun, please confirm with me first. Ini tetiba saja

11.20am
Sham : Hello, En Isti, U datang tak interview at 11.30am hari ni?
Isti : Eh, saya ada buat appointment ke?
Sham : Yup , u did last . My assistant called u last week.
Isti : No ,i didnt.
Sham : Ok, kalau macam tu takpe la.
Isti : OK(Blur)

Pelik jugak. Macam mana pulak diorang boleh confirm without my ack. So for survival and my minat to be an instructor, i called him back

Isti : Sham, I want to attend this interview ,boleh i dtg skrg ke?
Sham : Ok, bila u boleh sampai?
Isti : About 40 minutes, boleh tak, coz i really interested in this position.
Sham : Ok, no prob. Nanti bila u sampai , ask receptionist for me.
Isti : OK ,Thank a lot Sham :)

Yahoo!! Ok, take all important documentthen jalan.Dah la aku naik moto, aa.. Start enjin, Cyberjaya. Try my best. Dapat tak dapat tu lain cerita. Tapi try first.

Abis interview. Contact Amin, mintak dia promote aku. Letih pergi interview. Dah setahun pergi interview sana sini. Setakat ni ade yang ok tapi sebab demand lebih-lebih tak dapat. Tapi sebab kerja pun 24x7. Jadi aku kurang berminat.

Peluang kali ni masa kerja fix. Tiada 24x7 . Memang aku suka, tapi terpulang pada ketentuan Ilahi la. Kalau rezeki memang kat sini.Terima seadanya.

Push to Talk

Letih . Kenapa la diorg ni rajin sangat nak meeting.Lepas tu meeting melalut-lalut. Kalau aku rajin, aku buat rajin,bercakap banyak gila, layan lalut diorg ni.Konon nampak cam semangat. hehehe. Kononnya aku tahu semua benda. Seronok la jugak rasanya. Seronok kelentong orang lain.

Banyak kerja aku tak siap.Biasanya tak siap sebab aku sendiri tak catat what the thing should i do. Tak catat apa-apa pun kat buku cantik-cantik yang Cel*** bagi. Eh, Cel*** ada bagi ke? Hampeh a kompeni ni. Satu diary cantik-cantik pon tak bagi aku.Dah la gaji tak reti-reti nak adjust.Betul aa HR tak buat keje a.Takpe aa

Kerja boleh tahan la hari ni. Bosan pun ade, Dengan amir hamzah asyik nak suruh aku pergi UK a. Kang aku hempok kang ko Mir.

Ok. Pembaca-pembaca. Kau nak letak janji sikit. Minggu depan aku akan bagi artikel pasal POC (Push-to -Talk) .

Awal Muharam + Raya Cina

Ni blog aku ni tade intro-intro, Korang baca je ape aku tulis. Muahahaha. Lagi satu aku mmg harap sapa-sapa baca blog ni kasi respond skit aa.Lagi aa pasal grammer aku yg tak betul.Tapi aku mmg tak nak publish kat korg aa buat masa ni.

Aduss...boring tul standby masa cuti panjang cam ni. Petang tadi Mak aku dah call. Tiap-tiap tahun memang die telefon punya. Sebab nak ingatkan aku baca doa awal + akhir tahun sempena Awal Muharam ni. Aku cakap kat dia , aku ingat nak gi masjid kot .

Petang aku pun kuar la rumah. Ingatkan nak naik motor je. Tapi hujan la plak. Jadi naik la keta aku tu. Sampai kat masjid, kat masjid tu siap ada pasang khemah la, org pun ramai gile.Rupanye Dato' Shahrizat ade datang .Tu yg ramai org. Cam semayang terwih ari pertama lak.

Masa nak masuk Isyak, NMC lak call.Kaco aa cam ni, Hidayat yg tepon aku, die kata Kuantan Excel Switch signalling mati. Adussss! Jangan aa dayat. Mati aku kalu mati gak. Aku dah cakap pada org Kuantan, memang Switch tu tak buat problem dah. Nasib baik la aku check dgn org Kuantan signalling tu yg untuk test.Fuhh!! Kalau mati gak, alamat macam weekend ari tu aa..Dengan SVP pun call aku. Minggu lepas mmg minggu yeng merimaskan aa. Bukan apa. Boss Hasan takde. Dia, Jai sama Wandy gi UK. Training-training Logica gitu. Huk Huk . Aku aa kena jaga Prepaid Xpac Operation untuk 3 minggu beb.