Hari Ahad 30 Oktober , pagi-pagi abah sudah mengjutkan semua orang. Pagi tersebut aku telah bersiap sedia. Seperti yang dijanji kami akan mengunjungi makam seorang sahabat abah. Bukan sahaja sahabat abah tapi juga bagi aku layanan yang aku terima dan beri kepada beliau seolah-olah beliau merupakan pakcik kandung aku sendiri. Wak Khalid . Beliau sentiasa berada di sisi keluarga aku, biar macam mana susah, macam mana masalah pun melanda. Beliau pergi meninggalkan keluarga beliau pada 25 Oktober yang lalu.Sakit darah tinggi. Sudah terlantar di Hospital Mersing pada Bulan lalu dan penulis berkesempatan melawat beliau.
Sewaktu aku melawat beliau pada bulan September yang lalu.
"Ajis, Ni anak sedara kawan, dia pergi Australia ari tu" Beliau kemudiannya mengengit mata kearah aku.Kebiasaannya penduduk di Endau membahasakan diri sendiri sebagai "kawan".
Walau pun berada di atas katil wad, jelas Wak Khalid masih mahu bergurau-gurau dengan mereka yang berada di Wad.
"Aaa.. saya pun dulu pergi Australia, masa tu umur kawan 12 tahun" ujar Pak Ajis yang berada di katil sebelah. Mersing, pekan kecil penduduk memang senang mengenali antara satu sama lain.Tidak hairanlah Wak Khalid sebanyakkan pesakit dan juga jururawat bertugas di Wad tersebut.
"Ni kerja Telekom ni Ajis, ni anak sedara kawan ni" sekali lagi beliau cuba berlagak sambil mengengit mata lagi.Makcik Ani di sebelah cuma tersenyum .
"Aii Wakk.. apasal tak suruh Zu bawak kereta sampai dalam ni tadi.Boleh kita berlagak lebih skit ,Wak"
Memang Wak akan bergurau dengan aku kalau berjumpa, dengan lawak selambanya. Pernah beliau menyuarakan pendapat mahu tinggalbersebelahan dengan keluarga aku memandangkan beliau mempunyai sebidang tanah. Alasan mahu berjiran kerana senang mahu bertumbuk bilabergaduh nanti. Boleh bergaduh di tepi pagar saja. Tak payah jalan jauh-jauh.Nak baling pinggan lesung pun senang. Bunyi macam kasar tapi kami sekeluarga dan keluarga beliau sudah biasa dengan gurau senda sebegitu.
Dalam keluarga aku dan abang aku memang begitu rapat dengan Wak Khalid.Abah memang kenal dengan keluarga Wak Khalid.Sejak abah menduduki jawatan Guru Disiplin di Sekolah Menengah Ungku Husin lagi.Sebenarnya begitu banyak kisah untuk aku ceritakan disini.Tapi cukuplah sekadar ini.
...Al fatihah.