Final Match Leg 1 - AFF Suzuki Cup 2010

Kalah pun takpe, asal kasi penuh stadium...

Jingle Bell



Original creation by: Nupur
Music by: Amartya Rahut

This is the original and final version of this 'Indianised' Jingle Bell song.

Big thanks to Nupur for creating this animation. Hoping that more animations come from Nupur.

Fun Fair Gurgaon India Oct 2010

Mungkin kepada anda semua,cerita yang nak aku sampaikan ini taklah segempak mana. tapi persembahan yang aku saksikan pada malam tadi memang sesuatu yang baru dalam hidup aku. Aku tak sangka di negara India ni, yang kadang-kadang terlampau primitif , ada orang yang cari makan macam ni rupanya. Kalau difikirkan,mereka ni bolah gak di kelaskan profesional, memang masa menonton persembahan berkenderaan ini, aku teruja yang amat. Bagi aku yang berasal dari Malaysia, ini memang mengagumkan. Kalau ada pun persembahan macam ni, rasanya dari London or Rusia circus kot? Aku agak aa.

Tengahari tadi aku dengan rakan dah rancang nak pergi Delhi, nak mencuba nasib nak cari tiket Perasmian Sukan Komenwel. Ye lah,mana tau untung nasib timbul. Tapi dalam perjalanan ke Metro station ada sebuah expo berserta fun fair turut berlangsung, So macam-macam lah games ada kat fun fair, tapi apa yang menarik minat aku ialah sebuah binaan ,Rujuk gambar dibawah.














Jadi untuk dapat kepastian, aku pun cuba-cuba tanya pekerja di situ. Tapi boleh kata semua tak faham bahasa Inggeris, yang faham cuma sikit-sikit saja faham .So rakan kerja aku cuba call pekerja meja pengangkutan hotel(travel desk) untuk bertanya pekerja fun fair tentang pertunjukan yang bakal berlangsung dan masanya. Memang tepat jangkaan aku, persembahan berkenderaan, pusing2 dalam binaan tersebut. Korang tengok je lah video ni kalau nak tau apa yang aku cuba maksudkan. Jadi trip cari tiket kitaorang tangguhkan dulu. Mula-mula diorg cakap pukul 5:30PM. nak tunggu punya pasal, siap aku naik natang bulat nih.














Gila tak jaga keselamatan langsung, Dah la takde pintu,takde tali pinggang, laju lak tu. Punya kecut perut kitaorang. Dah takut tu,,aku siap nyanyi lagu Wawasan 2020 dan Negaraku sebab nak cover rasa takut tuh. Haha

Lepas kol 5:30 tak gak start, dirog cakap kol 6PM. Tunggu gak,,,Pastu cakap kol 7Pm lak(sebab tu lah komenwel diorg banyak cerita ,hehe). Bosan menunggu, kitaorang ambil keputusan balik hotel dulu. Mandi2,,pukul 7 baru datang balik. Kebetulan mamat meja pengankutan pun nak balik pukul 7PM. Mamat tu rapat dengan rakan kerja aku ni . So ajak dia sekali. Borak panjang gak aa ngan mamat tu ,cite pasal family lah, pasal negara India lah. Macam-macamlah...

Sampai kat fun fair tu, tunggu punya tunngu 7:30PM diorg start jual tiket. INR 30= MYR 2.03 setiap orang.Murah nak mampuskan? Gambar dibawah menunjukkan gambar kenderaan ayng digunakan dan keadaan di tengah gelung.














Dalam pukul 8PM baru lah sorang mamat ni start enjin moto.Pusing gelung nih. Memang aku seronok sangat tengok persembahan nih. Video aku rakam ni tak berapa jelas, tapi sebenarnya ada beberapa penonton hulurkan wang kertas kepada penunggang motosikal tersebut. Dan ya, penungang tersebut berjaya ambil wang tersebut. Tapi tak berapa jelaslah dalam video ini.



Dah habis tu, kena tunggu kejap. Lepas penonton bersorak skit, baru lah start persembahan kedua. Aaa,, ini pulak tiga penunggang motosikal Beb!! Yang ini aku galakkan tengok sampai abis.



Dah abis persembahan tiga penunggung motosikal. Bermula pulak persembahan 3 kereta dan 3 penunggung motorsikal. Masa nilah tiba-tiba lak phone aku ni hang. Aduhhhh... terpaksa aku restart.So sepanjang masa ada 3 kereta + 3 motor, memang aku tak sempat rakam video. Rugi kan?? Aku cuma sempat start rakam video masa ada 3 kereta + 1 motosikal jek. Memang boleh rasa bergegar gelanggang ni. Kecut gak perut, tapi sebab teruja, lupa semua tuh... Mana aku eprnah tengok benda macam ni. Dah banyak kali boss aku campak aku ke India, tapi tak pernah aku nampak fun fair diorg ada benda alah macam ni..hehe



Bila dah habis persembahan, memang aku rasa puas hati sangat dengan apa yang aku tonton dengan mata aku sendiri hari ni. Aku turut serta dengan penonton lain baling duit kat diorg nih. At ending of above video , korang boleh nampak lah ada sorang penunggang kutip duit kat bawah tu . Bila turun , aku siap salam dgn 2 penunggang. Say thanks and show thumb up to them. Ini memang kedua terbaik selepas tengok Taj Mahal sepanjang trip aku ke India. Series beb!!!

Nota : Di India ,persembahan ini dikenali sebagai "well of death".

Delhi Sep 2010

Koleksi Minum di Kedai Kopi





Sydney June 2010


Selesai saja kerja aku di Mumbai sekitar 14 hb Mei, kerja seterusnya di Sydney bermula 20hb Mei. Memandangkan Pengurus Projek dah book aku sehingga 4 hb Julai, so aku ambil keputusan untuk bawa bersama Jurutera Domestik aku. Ye lah, takkan tinggalkan dia sorang-sorangkan. Sudahlah dah di Mumbai untuk 3 minggu. Balik pun tak sampai seminggu. EX5 aku tu lagi lah, tak sempat nak panaskan pun. Memandangkan destinasi pun menarik, bersih ,so aku jadikan trip ni sebagai bulan madu. Ye lah, sesekali, nak jugak berjalan-jalan dengan Jurutera Domestik kan. Let her know about my working trip.

Aku suka trip ni sebab cara kerja pelanggan negara kanggaru ni tak begitu ketat atau tertekan. Mula-mula install di server test. Buat test. prove semua test pass. Then bila dah puas hati, baru bawa ke server live. Disebabkan semua berjalan lancar aku berjaya habiskan projek lebih awal dari jangkaan. Perancangan awal sepatutnya ambil masa 46 hari,tapi jadi 31 hari saja. Itupun aku dah cuba-cuba memperlengahkan permainan, sebab tak mau balik awal sangat, nanti balik KL memang kena standby aaa. Wa mau relek-relek.Jalan jalan.Rasa winter kat Sydney. Ye aa kasi chance aa kat aku kan. Perbualan dengan Director sehari sebelum berangkat.

Director: Eh, when is your Sydney trip aa?
Me: Tomolo aa
Director: Waa, its very cool there aa. it's winter now.
Me: Aiyo, you always sent me to India, its very hot there lohhh!! Give me chance aa...

Boleh aku katakan Director aku ni, setakat ni yang terbaik pernah aku dapat.Tak pernah push me very much.Because he know that i will finished the task. I don't expect anything from him la, aku tak expect kenaikan pangkat,kenaikan gaji pun dari dia. Apa aku tau, aku lebih baik dari keadaan aku 3 tahun lepas.Itu saja.

Ya, ini gambar-gambar sepanjang trip aku bersama Jurutera Domestik ke Sydney selama sebulan.

Mumbai May 2010

Ini trip aku untuk ke sekian kalinya ke Mumbai.Bermula 26 April. Seperti biasa projek berjalan dalam keadaan menyakitkan hati, dalam hati hanya satu saja "just another job" untuk 3 minggu. Dengan mendengar luahan jurutera yang tertekan lagik, aku buat lawak je lah kat diorg ni. Ye lah, mana-mana pun sama jek. It is like jump from one fire to another fire. As long as that fire give you something in return. That should be OK. Either you stay or resign. Aku cuba habiskan apa yang aku termampu dan yang dijanjikan. Yang aku tahu, aku dah dibook untuk projek seterusnya, 14 May gua balik KL. Selebihnya , jurutera tempatan kena habiskan. Pengalaman paling aku suka kali ni ialah naik keretapi ke kota Mumbai. Memang 'mengagumkan'.Dari sini aku nampak apa akan jadi kalau kita baayr terlampau rendah untuk kenderaaan awam,memang tak selesa. Aku ada video naik keretapi,tapi malas nak upload.So nikmatlah gambar-gambar di bawah setakat yang aku rajin. Terima kasih.

Aku tengah excited dengan phone baru aku,tu banyak bergambar neh...hoho

Bila Politik Jadi Tapisan Terpenting

Desak pembelian komuter RM2 bilion menerusi tender
KUALA LUMPUR 13 Mei - Kesatuan Pekerja-pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPPKTMB) mendesak kerajaan melaksanakan sistem tender terbuka dalam urusan pembelian 38 unit komuter baru bernilai RM2 bilion dari China dan bukannya membuat rundingan terus.

Dari Utusan Malaysia Online , 14/05/2010


Berita ini contoh keadaan yang mana pekerja mahukan
- syarikat mengamalkan piawai standard antarabangsa ,
- sistem yang bakal dibina senang diselenggara dan
- memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan.

Tapi dikalahkan dengan permainan politik.

Acapkali sysrikat GLC dipersalahkan bila berlaku kesesakan,kerosakan yang mana pekerja-pekerja syarikat yang terpaksa berdepan dengan pelanggan yang tidak berpuas hati, mereka-mereka yang mengutip keuntungan pantas pula lepas tangan, malah mungkin telah meninggalkan syarikat . Bagi mereka ,projek yang dirancang cuma jadi batu loncatan dan mahu disiapkan segera tanpa memikir bagaimana pekerja-pekerja yang setia mahu menyelenggara.

Kerajaanku! , denganlah keluhan pekerja , pekerja di Malaysia kebanyakkannya dan mempunyai taraf pendidikan yang agak baik . Nyata mereka boleh memberi suntikan idea yang baik untuk negara. Jadi kepuasan bagi mereka bila syarikat berjaya menyediakan kemudahan yang amat efisen kepada masyarakat, dan kita boleh lihat setiap pelanggan KTM boleh menghormati pekerja KTM dengan lebih baik. Contoh hormat macam mengucapkan selamat,terima kasih,menjaga fasiliti,jaga kebersihan dan membayar tiket tanpa perlu diperiksa.

Kiasu

Dari Utusan Malaysia Online , 20/04/2010 2:33pm

Tajuk: Buang sikap "lebih kurang", miliki sifat amat teliti - Najib

TOKYO 20 April - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat Malaysia membuang sikap “lebih kurang” dan berusaha untuk mencontohi sikap orang Jepun untuk menjadi satu masyarakat yang teliti bagi membolehkan Malaysia menjadi negara maju.


Ekceli aku memang setuju dengan saranan Perdana Menteri , Najib (rujuk di sini). Sebenarnya Prof Ungku Aziz pun dah beri nasihat yang sama, dan beliau menggunakan perkataan kiasu (rujuk di sini).

Ringgit Raise Further

Kalau gaji anda berjumlah MYR 3000.
Pada Jan 1 , gaji anda berjumlah USD 876.17.
Pada Apr 7 , gaji anda berjumlah USD 934.29.
Kalau Ringgit terus kukuh, ke 3.00 berbanding USD ,tahap gaji anda boleh mencapai USD 1000. Aku berharap pengimport turut mengambil initiatif menurunkan harga barangan import seperti dlam sektor telekomunikasi , eletronik , perubatan , machine dan automotif(pada kadar yang tak menggugat barangan tempatan).

Ermm, kerajaan cuba untuk menaikkan kadar pendapatan rakyat, yang pada mata aku memang bagus setelah rakyat asyik merungut pasal gaji yang tak naik-naik. Antara langkah-langkah kerajaan ambil yang menyumbang kesan positif ialah menaikkan kadar OPR. Pada mata kita rakyat ni, maksudnya kadar faedah dinaikkan . Memang membebankan , tapi sebenarnya boleh beri kesan positif kepada ekonomi. Hanya mereka yang terpilih akan terus berjuang, yang tak mampu terpaksa melupuskan hutang mereka, atau menjual hutang mereka kepada mereka yang mampu. (contoh: jual rumah kepada mereka yang mampu,mungkin pada harga rugi)

Malah kalau anda baca keratan akhbar di bawah, sumber mengatakan, kadar faedah mungkin akan naik sedikit lagi , bergantung kepada mesyuarat pada May 13 nanti. Bersedialah dengan banyak lagi kos-kos yang terus meningkat, bukan salah kerajaan, tapi satu keperluan yang kita perlu tanggung kalau mahu menaikkan taraf hidup negara. Dalam perubahan ini, ada pihak yang terpaksa berkorban, dan anda mungkin 'korban' tersebut.

Sebagai rakyat , yang hidup di Lembah Kelang, aku cuma mahukan beberapa kos naik untuk kesejahteraan semua.

1. Kadar Tol masuk bandar pada waktu puncak(termasuk motosikal) ,
Sebab :
a) mengurang kesesakkan lalu lintas
b) gunakan kenaikkan itu untuk beli bas
c) hanya mereka yang mampu, patut menaiki kenderaan sendiri, yang lain naik bas.

2. Kos bawa masuk tenaga kerja bukan profesional dari luar ,
Sebab:
a) untuk menaikkan kadar gaji golongan bukan profesional tempatan
b) menampung kos membersih pendatang tanpa izin
c) mengurangkan kadar jenayah
d) mengawal kemasukkan pendatang luar ke tahap yang kita mampu pantau.

Adios

Facebook and External HD

Facebook? aku takde facebook. sebab takde keperluan buat masa ni. Biasanya aku contact orang sebab nak diskus pasal teknikal. Biasanya aku pakai skype or gmail, sebab boleh paste the whole log, compare to YM yg limitkan lines.

Bagus gak ada facebook, so orang boleh berhubung dengan kawan-kawan lama, biasanya dulu kalau kawan lama tiba-tiba je muncul, maksudnya diorang nak jual insuran atau nak promosi MLM. " Aku ada menda nak share ni, benda baik, baik kita share dengan kawan-kawan " tu ayat biasa aku dengar dulu. Tapi tak tau lah kalau esok-esok ayat tu datang dari mulut aku pulak :)

Selama seminggu ni aku mmg takde mood nak berkerja, masa aku banyak dihabiskan dengan melayari internet, cari kereta lama-lama , cari maklumat PDA terkini, cari pelancaran apartment baru. Setakat ni, banyak jugak dapat info, tapi bila bab nak keluar duit, mesti terbantut punya. Sebab aku memang dah tanam dalam diri , setiap kali nak membeli barang ,aku cuba tahan nafsu tersebut untuk seminggu dua, mungkin aku boleh dapat better offer or more value pada minggu depan. But sometime i do make silly investment or buying.

Jumaat lepas, aku tersalah pilih drive masa nak install RHEL kat server. Aku create image ke external HD, tapi sebab salah step. Aku create image kat partition of that external HD aku, then HD aku dah tak betul, dan terpaksa format external HD tersebut yang merupakan main HD untuk official email aku. As a result i lost my 2 month email. What a stupid mistake.

Tengah-tengah aku kecewa tu. Sejam lepas tu, a new 320G external HD and 8G USB stick sampai ke meje aku. Loh , setelah 2 bulan aku redeem Credit Card point. On the spot aku cari software automatik backup and sync . Harap lepas ni semua data aku sentiasa . Susah aku nak cari bukti email bila 'berperang' dengan engineer lain.

update: 7 Ogos 2011. Aku dah mula menggunakan akaun FB setelah bertukar kerja.Objektif, bagi memastikan aku terus berkomunikasi dengan rakan-rakan dari kompeni lama. Agak menyeronokkan. Harap aku tak ketagih :)

Interest Rate

BLR ? aku pun tak tahu apa definasi sebenar singkatan ni. Tapi yang aku tahu berkaitan kadar faedah. Sebagai pengguna yang berpengetahuan ala kadar, aku akan rujuk pada kadar faedah pinjaman untuk pembiayaan rumah dan kereta. Baru tadi aku pergi ke showroom kereta baru. Memang kerja aku sentiasa lengkapkan diri dengan berita-berita kereta terbaru dalam pasaran walaupun hati tak terbuka langsung. Menurut agen jualan ,kadar faedah untuk kereta akan naik bermula minggu depan? untuk kereta bru dia 2.99 jadi 3.50, kalau tak silap. Dia nasihat aku submit loan hari ni,kalau nak dapat rate lama?? ermm, sorry la aku mmg hati batu skit,malas nak layan. Yang aku tahu ,baru-baru ni OPR naik.So pada aku, akan naiklah kadar faedah untuk semua pinjaman.

Sekarang aku nak fikir pasal kesan bila BLR naik? Kereta? orang tak minat nak beli kereta baru? ermm,,untuk Malaysia mungkin tidak, hakikat orang Malaysia terus akan beli (kecuali aku). Tapi aku suka kalau orang Malaysia kurang membeli kereta sekejap, bukan atas sebab utama mahu harga kereta turun. Tapi lebih kepada mahu lebih nilai untuk kereta, contoh 6 beg udara, spesifikasi yang lebih baik, servis percuma 3 tahun dll. Pada aku terimalah hakikat ,yang inilah harga kereta di Malaysia. Akan terus mahal sebegini.

Rumah? Aku tak boleh nak pikir sgt apa kesan. Sekarang harga apartment 3 bilik di Kuala Lumpur sudah sekitar RM160,000 . Sewa rumah akan turut naik? Kurang bernasib baik kalau sesiapa yang masih belum membeli rumah masa faedah dah naik gila-gila nanti. Terfikir jugak nanti, rumah anda akan ada pembeli ke, bila dijual nanti kalau harga terlampau tinggi? Kalau lokasi tak menarik, mungkin terpaksa turunkan harga . Nasib...memang bergantung kepada nasib anda, berdoalah sebelum buat pelaburan jangka panjang ini.

Rumah di Malaysia mahal ke? Errmm,,,, Bila aku buat perbandingan, kalau disandarkan kepada USD, rumah kita masih murah berbanding beberapa negara Asia Tapi tak adil kan ,kita kena bandingkan dengan kadar pendapatan rakyat pulak kan? ermm,,aku tak pandai buat perbandingan.Kadar faedah di Malaysia juga rendah, ada negara yang tetapkan kadar faedah pembiayaan rumah setinggi 14%, pinjaman 80% , tempoh pembayaran 20 tahun sahaja . Keadaan mungkin berubah, mungkin giliran negara kita pula berkeadaan begitu.

Sekarang aku tengah fikir nak beli tanah guna duit sendiri untuk tapak rumah hari tua di kampung. Tanah pusaka dibandingkan dengan tanah sendiri lain pada aku. I prefer to have by my own. Amin.

Sultan Johor Mangkat



Al-Fatihah. Terasa sedih bila dengar berita tadi. Kebetulan lak tengah buat kerja kat seberang Tambak Johor.