Tanggal 26 Mac

26 Mac ,genap 26 tahun umur teman serumah aku. Namanya Mior Affendy Abdullah.Kisah berkenalan dengan Mior ni seperti diceritakan di dalam blog dia pada 26 Januari 2006.

Dalam rumah aku, Mior kalau tengok TV ,kalau dia excited(teruja-ujas),dia akan sebut nama hosmate dia , Contoh "Man, Man ,tengok Singa tu" tengok Discovery. "Man,Man, tengok dia makan usus babi tu" tengok Fear Factor. "Man, Man , Eeeeuuu... nyampah aku tgk pompuan tu" tengok American Idol/Outback Jack. Dulu masa Majid serumah , dia asyik sebut nama Majid. Nasib baik dia tak pernah sebut nama aku. Sebab aku marah balik kalau dia sebut nama aku. Sebab aku garang.He he.

Bila kampus MMU Cyberjaya mula-mula dibina, kami berenam (aku pun tak ingat siapa) pergi jalan-jalan tengok kampus. Niat asalnya ,pergi KLIA ,ada rakan sekolah Mior nak pergi Oversea, Jepun agaknya. Enam orang 3 motor. Mior naik dengan aku. Masa balik Mior siap terlelap. Helmet dia dua tiga kali terantuk helmet aku. Nasib baik mamat tu tak baring atas highway PLUS,lepas kena lenyek.

Satu lagi yang Mior berserta Muzammil suka ejek aku, pasal Pierce Brosnan. Entah mana silap , satu hari aku selak FHM (secara laju la), aku sebut "PENCEROBOHAN" , aku sendiri pelik. Aku selak balik muka surat tu. Rupa-rupanya Pierce Brosnan. Muzammil dengan sekutunya Mior perasan. Dia ejek aku sampai sekarang. Kalau mior nak kover pasal kebodohan Inggeris dia, memang dia bukak cerita aku tu.

Ada lagi satu ,pasal Mior dan kawan-kawan, masa belajar dulu diorang aku ikut trend Nasru. Nasru rakan belajar kiteorang. Kalau Nasru tak suka si A , Mior dan kawan-kawan aku (termasuk aku kot) tak suka si A. Kebanyakan orang yang Nasru tak suka ni , Mior baik dengan diorang masa MTP dia dulu. Aku pun pelik apasal suka ikut si Nasru ni.Banyak lagi cerita tapi aku dapat nak ingat sekarang. Kepada Mior . Happy Belated Birthday. Thank for your support. Mati hidup balik pun ,aku tak rasa jumpa org macam ko Mior.Pemalas tapi OK + Bernasib baik sokmo. Dulu, tapi sekarang aku rasa sifat pemalas dia dah kurang sangat. Cuma lambat pergi kerja saja. Thanks.

4 comments:

roimsugab said...

1st- nama aku mior affAndy ye en isti..

tima kasih weih..serius terharu baca entry ko nih :((..+ gelak gilaaa wakakakaka

yg pencerobohan tuh matii aku takkan lupaaa...at least leh lwn tahap kebodohan beggar aku laaa

okeh adun..jom kita wat trip ke bangkok..celen trip ke bali yg derang nak wat :D

Anonymous said...

adun... mior suruh aku komen kat blog kau ni.. bangga gila lah dia dengan ko nyer entry ni.. malas aku nak layan..

dengar ni mior.. adun kata kau ni tahap-tahap OK aje.. no more than that OK!!!

elly

Adun Karamba said...

gi bangkok ok .tapi nawaitu nak celen trrip org lain takyah aa. nanti tak berkat. aku nak gi india. takpon kathmandu. nak tgk gunung salji.air terjun.takpon gi irian jaya ke.

roimsugab said...

irian jaya??? wujud lagik ke tuh?? tu bukan waktu sejarah skolah2 dulu ke kita blaja?? zaman2 parameswara tuh kan..ke awal lagik..kang jadik entiti kanggg