"Mana kamu Isti? Aku sudah sampai di airport tunggu sama kamu" tanya Adam melalui telepon bimbitnya dengan telor Sabahnya.
"Baru sampai Adam. Baru keluar dari balai ketibaan, Ni aku sedang lambai tangan" jawab Isti terikut-ikut telor Sabah Adam.
" Aaa,, aku sudah nampak kamu" balas Adam bila dapat mengesan Isti.
Hari ini masuk hari ke tiga aku di Sabah.Hari ini juga aku tiba di Tawau sesudah selesai tugasan di Inanam. Langkah tak jauh, cuma sekitar Hotel Promenade ke Inanam sahaja. Cuma ke Pasar Filipino yang mana aku berjalan kaki.Kira-kira 400 meter.Kali ini cuma menjengah, tak membeli. Pasar ini terletak kira-kira 20 meter dari tambak laut. Kebetulan kali ini aku datang lebih kurang pukul 6.00 petang. Bayangkan matahari tenggelam.Cantik warna perang di sebelah barat.
Kemudian pergi merasa makanan di pasar malam yang terletak bersebelahan dengan Pasar Filipino tersebut.
"Ini apa ?" tanya Isti .
"Martabak,Martabak" jawab penjual berulang.
Martabak, lebih kurang murtabak, tapi ini lebih sayur,daging tidak ada cuma telur. Goreng pun dengan minyak yang banyak.
"Kasi Cendol satu" kata Isti .
"Bakso satu ya" tambah aku lagi
Cendol, tak banyak beza. Bakso ni macam mee celup kot.Bakso ni ada macam-macam jenis.Makasar antaranya. ABC ada beza sikit, bahan-bahan lebih banyak pilihan berbanding Semenanjung. Termasuk makaroni kueh teow. Aku pun pelik bila mula-mula melihat makaroni kueh teow di dalam balang.
Belakang pasar Filipino terdapat peniaga-peniaga menjual ikan bakar,sotong bakar, yang sudah sedia dibakar. Kemudian terdapat macam ulam-ulam ataupun lauk yang telah disusun bertindih-tindih(mangkuk-mangkuk). Maaf tiada gambar sebab tidak berkesempatan meminjam dari sesiapa.
Sebelah pasar malam ada pasar buah-buahan. Sebenarnya buah-buahan tidak banyak. Tembikai,Kelapa,Nangka,Pisang,Limau,Limau Bali,Ciku dan lain-lain. Suku bahagian tembikai yang telah dipotong harganya RM2.00 . Biasa saja agaknya.
Di belakang Pasar Buah-buahan ini terdapat pasar ikan basah terbuka. Sebut saja apa.Ikan yang aku memang tak pernah ada inisiatif nak tahu jenis-jenisnya.Udang, Sotong. Bahagian pasar ini lebih sesak berbanding pasar malam tadi. Terletak pula betul-betul bersebelahan dengan tambak yang aku sebut tadi.
Harapnya bila datang ke sini lagi aku akan bawa bersama digital kamera.Jadi kenangan. Insyaallah ada peluang. Dengan syarat aku kena siapkan tugasan kali ini dengan jaya dan sempurna.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
test
tuh laa sekotak ko bwk balik ari tuhhhhh
Post a Comment