Pejabat Kuih Raya

12 Oktober. Lebih kurang jam 10 pagi , penulis masih diatas katil. Malam sebelumnya penulis bekerja malam. Tiba-tiba telefon mobil penulis berdering.
Nombor Abah tertera.
Sudah dua tiga hari Abah cuba menghubungi penulis . Sebabnya mahu bertanya tentang sambutan Hari Raya tahun 2005.
“Zu, tahun ni kita beraya di Machang!” ujar Abah.
“ Bila kita nak bertolak dari Mersing ,Bah?” tanya aku.
“Mungkin 1 haribulan” jawab Abah.

Bukan saja Abah yang asyik bertanya tentang raya yang bakal menjelang. Zek pun turut bertanya. Lagipun ini tahun pertama Zek pulang berhari raya dari Kuala Lumpur. Jadi perlulah dia bersiap-sedia awal. Tapi seperti biasa penulis memang membuat persediaan minit pada minit-minit terakhir. Tahun ini mungkin sasaran Abah mahu bawa pulang Syazwan ke Machang. Satu-satunya cucu Abah buat masa ini. Satu-satunya cicit Ayah Kelantan. Dan satu-satunya piut/buyut Tok Ye buat masa ini.

Tahun ini apa persediaan? Sebenarnya tiada apa yang tersenarai dalam fikiran penulis, kecuali kacang dan muruku. Apa yang penulis beli sebagai mengambil kesempatan dengan harga barangan yang murah di sana sini untuk membeli barang yang memang penulis idam-idamkan seperti pakaian dan kamera.

Keluarga pula bagaimana, biasanya kalau bertanya Ma (ibu penulis) , beliau sentiasa berkata
“ Tak pe Zu, tak perlu beli apa-apa. Kuih sudah ada . Tak de apa Ma nak pesan”.
Dari 2002 sampai ke 2005. Tapi disebabkan penulis tak mahu pulang dengan tangan kosong, biasanya penulis akan membeli kacang atau muruku. Ermm... makanan yang tahan lama. Memang penulis sengaja beli lebih sedikit supaya boleh diberi kepada makcik-makcik penulis yang lain.

Bila berada di pejabat pula. Terdapat juga kegiatan jual beli di pejabat penulis. Meja penulis berdekatan dengan pantry. Jadi dari meja penulis sendiri memang jelas kelihatan sample kuih untuk dijual. Boleh tahan banyak senarai kuih yang tersenarai. Cuma penulis memang kurang berminat mengambil tahu atau menempah kuih muih tersebut. Tapi bila mereka berkumpul bercerita tentang kuih biasanya penulis datang menyampuk. Menyibuk.
“Isti, kau beli kuih ni, memang sedap aku cakap kau” ujar Amir dengan muka yang penuh bersemangat .
“....Kuih ni aku dah beli tahun lepas “ penulis cuba berbohong.
“Aaa..camtu kau cuba pulak kuih Almond Coklat Terulung ni!” sambung Amir lagi.
“Tanak la. Aku nak kuih yang sekali makan nak lagi. Makan satu bekas ,tak perasan dah habis, yang aku tak sempat nak bawak balik kampung” ayat mengelat penulis
“ Ada!!!! ..“
“ Wei, aku malas nak beli la.” potong penulis. Amir sebenarnya bukan penjual kuih raya. Tapi sekadar mahu memeriahkan suasana membeli di pejabat. Rasanya setiap pejabat ada kerenah orang seperti Amir atau mungkin lebih teruk lagi. Penulis pula memang turut suka memeriahkan lagi suasana yang sedia meriah.
Hari ini Ahad 23 Oktober ,penulis berkesempatan singgah di pejabat sebentar. Agak terkejut juga sebab di pejabat penulis terserempak dengan beberapa pekerja yang sibuk mengagihkan kuih muih yang ditempah Hampir seguni juga tempahan yang ingin diagihkan. Berapa agaknya pendapatan dari jualan kuih seguni? Persoalan yang timbul di benak fikiran penulis.

Yang pastinya tahun ini penulis dikehendaki menjual Pek Permulaan Prabayar . Tak tahu apa sebab tapi penulis dimaklumkan syarikat mahu berkongsi jualan/habuan dengan pekerja-pekerja. Harap-harap tahun depan syarikat akan mengedarkan Kad Cas semula pula kalau mereka benar-benar mahu berkongsi jualan/habuan dengan pekerja.

Buat pembaca ,moga anda dapat menghabiskan ibadah berpuasa tahun ini dengan sempurna. Selamat menyambut perayaan Deepavali bagi mereka yang beragama Hindu.

0 comments: