Diwali di Delhi


Jenama: Forest Essentials , aku prefer Luxury Sugar Soap(green tea and mint)

Aku nak cerita pasal sabun ni. Mula-mula aku cuma dapat sabun perasa green teh jenama ni dari hotel menginap di India. Memang tabiat aku kumpul sabun hotel dan beri pada keluarga terdekat.

"Sabun yang dari India tuuu, dia bagus. Kulit jadi elok" kata Ma, sambil sentuh kulit muka. And i didn't notice about this soap effect at first. Then wife aku pun cakap benda yang sama (last time was girlfren lah). Lepas tu makcik aku pulak cakap bagus, kulit dia jadi elok kata dia.
"Kawan As yang pakai sabun ni, kulit dia yang berpanau jadi elok" ujar adik perempuan aku.

So trip kali ni aku cuba cari kedai Forest Essentials ni. Hari kedua Diwali(Deepavali) aku keluar ke Khan Market,Delhi mencari sabun ini.Kebanyakkan kedai di Khan Market tutup kerana mereka cuti panjang bersempena Diwali yang disambut semalam. Yang banyak cuma anjing dok tidur kat korridor. Sabun ini sebagai buah tangan untuk family terdekat. siapa tak dapat jangan kecik ati ek, lain tahun aa (dalam hati- jangan harap aaa):P

Kedai ini turut menjual losyen untuk badan dan tangan dan barangan penjagaaan kulit yang lain. Aku memang pakai losyen badan kalau datang ke India. Sebabnya? Kulit aku menggelupas kalau tidak gunakan losyen badan, nanti tidak selesa masa nak baring, belakang badan rasa tajam/kesat. Di Malaysia memang aku tak sentuh langsung losyen badan :( hehe

Sejurus sebelum aku keluar, sekumpulan Makcik Salleh datang
"My friend recommend me to come here" cakap Makcik tu, "Look at this, a foot soak... " , memang mereka ni teruja gila. Agaknya apa bakal aku buat bila aku dah berumur macam mereka ni. Travel together with friends to Afrika maybe?

Mumbai.Delhi

Ini merupakan trip kedua aku ke Mumbai. Punyalah malas nak upload gambar, makin meningkat umur ,makin banyak pulak tanggungjawab lain dan terpaksa susun kerja berdasarkan keutamaan. :) Mana-mana tugas yang boleh diabaikan,macam blog ni terpaksalah diabaikan dulu. Selamat menjamu mata anda.

Trip Mumbai-Umum



Trip Mumbai-Bazaar Ramadan Jalan Md. Ali, Mumbai


Keadaan bazaar ramadan ni memang tak berapa bersih, bungkus makanan pakai kertas akhbar lama, ada makanan bungkus pakai daun kering,bukan berselisih dengan orang saja, anda turun berselisih dengan anjing. Motorsikal dengan hon yang kuat, kalau sesak dengan orang, diorang ni main tolak je orang .Ludah depan kedai sendiri. Inilah India. Nikmatilah.

Projek seterusnya masih lagi di India. Sebenarnya situasi di India, semakin banyak lesen spektrum dibuka dan dijual.Maka wujudlah operator-operator telekomunikasi baru. Jadi syarikat aku antara mereka yang berjaya ambil dari perkembangan tersebut. Nanti , 5 tahun akan datang pula , aku jangkakan akan bermula pula trend gabung(merge) syarikat telekomunikasi di India pula.