Al-Fatihah. Terasa sedih bila dengar berita tadi. Kebetulan lak tengah buat kerja kat seberang Tambak Johor.
Jenama: Forest Essentials , aku prefer Luxury Sugar Soap(green tea and mint)
Aku nak cerita pasal sabun ni. Mula-mula aku cuma dapat sabun perasa green teh jenama ni dari hotel menginap di India. Memang tabiat aku kumpul sabun hotel dan beri pada keluarga terdekat.
"Sabun yang dari India tuuu, dia bagus. Kulit jadi elok" kata Ma, sambil sentuh kulit muka. And i didn't notice about this soap effect at first. Then wife aku pun cakap benda yang sama (last time was girlfren lah). Lepas tu makcik aku pulak cakap bagus, kulit dia jadi elok kata dia.
"Kawan As yang pakai sabun ni, kulit dia yang berpanau jadi elok" ujar adik perempuan aku.
So trip kali ni aku cuba cari kedai Forest Essentials ni. Hari kedua Diwali(Deepavali) aku keluar ke Khan Market,Delhi mencari sabun ini.Kebanyakkan kedai di Khan Market tutup kerana mereka cuti panjang bersempena Diwali yang disambut semalam. Yang banyak cuma anjing dok tidur kat korridor. Sabun ini sebagai buah tangan untuk family terdekat. siapa tak dapat jangan kecik ati ek, lain tahun aa (dalam hati- jangan harap aaa):P
Kedai ini turut menjual losyen untuk badan dan tangan dan barangan penjagaaan kulit yang lain. Aku memang pakai losyen badan kalau datang ke India. Sebabnya? Kulit aku menggelupas kalau tidak gunakan losyen badan, nanti tidak selesa masa nak baring, belakang badan rasa tajam/kesat. Di Malaysia memang aku tak sentuh langsung losyen badan :( hehe
Sejurus sebelum aku keluar, sekumpulan Makcik Salleh datang
"My friend recommend me to come here" cakap Makcik tu, "Look at this, a foot soak... " , memang mereka ni teruja gila. Agaknya apa bakal aku buat bila aku dah berumur macam mereka ni. Travel together with friends to Afrika maybe?
Ini merupakan trip kedua aku ke Mumbai. Punyalah malas nak upload gambar, makin meningkat umur ,makin banyak pulak tanggungjawab lain dan terpaksa susun kerja berdasarkan keutamaan. :) Mana-mana tugas yang boleh diabaikan,macam blog ni terpaksalah diabaikan dulu. Selamat menjamu mata anda.
Trip Mumbai-Umum
Trip Mumbai-Bazaar Ramadan Jalan Md. Ali, Mumbai
Keadaan bazaar ramadan ni memang tak berapa bersih, bungkus makanan pakai kertas akhbar lama, ada makanan bungkus pakai daun kering,bukan berselisih dengan orang saja, anda turun berselisih dengan anjing. Motorsikal dengan hon yang kuat, kalau sesak dengan orang, diorang ni main tolak je orang .Ludah depan kedai sendiri. Inilah India. Nikmatilah.
Projek seterusnya masih lagi di India. Sebenarnya situasi di India, semakin banyak lesen spektrum dibuka dan dijual.Maka wujudlah operator-operator telekomunikasi baru. Jadi syarikat aku antara mereka yang berjaya ambil dari perkembangan tersebut. Nanti , 5 tahun akan datang pula , aku jangkakan akan bermula pula trend gabung(merge) syarikat telekomunikasi di India pula.
Minggu lepas, satu lagi letupan bom yang lebih teruk terjadi di Islamabad pula. Baca di sini . Biasanya opismate aku akan menginap di hotel terbabit kalau ke sana. Seorang staff dari opis aku yang berada kat Islamabad pada ketika kejadian. Nasib baik opis aku tak hantar engineer ke sana minggu lepas. Kalau dia hantar yang muslim, konfirm pada masa tu,tengah berbuka dekat restoran berhampiran lobby. Read his story here from NST. Berdasarkan pengalaman yang aku alami sendiri, bila masa kita berhadapan dengan situasi begini , dah tentu sepantas kilat kita terfikir sejenak keluarga kita. Aku rasa dalam situasi beliau lagi lah terasa.
Anyway, itulah cabaran dalam kita mencari sesuap nasi. Di Malaysia situasinya lain pula, ada jugak orang mati kena rompak. Cabaran beb! Jaga lah diri anda dan keluarga di mana jua anda berada.
Ini trip aku kedua ke New Delhi untuk projek yang sama. Sebelum ni aku kadang-kadang fikir, apalah perasaan orang yang berada dekat dengan bom meletup. Hari ini aku rasa perasaan diorang.
-Letupan Bom di New Delhi
Sabtu 13 September 2008 .Aku tengah shopping nak cari pakaian raya di Connaught Place , New Delhi. Connaught Place ni, banyak terdapat kedai pakaian yang agak terkenal la kononnya. Kawasan ni terdiri dari rumah kedai dan terdapat satu station Metro bawah tanah,Rajiv Chowk. Dan harga barang di sini memang murah kalau dibandingkan dengan harganya di Kuala Lumpur. Petang tu, aku bersama rakan kerja aku,Mat salleh nama Michel pergilah membeli belah di Connaught Place tu. Sudah membeli, aku pun pergi jumpa pemandu teksi . Aku pun dok menunggu dengan pemandu tu , sebab dok emnuggu si Michel. Kami tunggu tak jauh dari salah satu pintu ke station Metro tu. Aku rasa macam nak ajak si Michel makan buka puasa dengan aku kat TGI Friday. New Delhi buka puasa 6.40 pm. Lapar ni.
Tengah-tengah aku menunggu tu, jam 6.30 pm, tiba-tiba ada satu bunyi mende meletup. Kuat dan bunyi tu macam dari blok kedai sebelah.Semua orang pandang arah blok tu.Semua orang sebelah aku hairan.sebab kuat gila bunyi tu. Lebih kurang 10 saat lepas tu, ada satu lagi bunyi letupan . Lagi kuat bunyi dia . Aku dah tertunduk skit sebab terkejut. Aku pandang arah bunyi tu, aku dapat lihat asap hitam, tak jauh pun, kira kira-kira 50 meter dari aku .
Kalau tak silap aku kawasan tu dalam taman “Central Park”.Bom meletup kat tgh map sini kat + tuh.Dan aku berada kat seberang jalan kat simpang tiga tu . Blur! aku pandang semua arah. semua orang macam terpegun. about 20 saat lepas tu , semua orang lain mula berlari-lari. Masa tu aku sempat nampak satu serpihan besi jatuh atas pokok. Wooo.. Lepas tu aku tengok kedai-kedai kat situ mula tutup pintu. Polis tetiba ramai, ambulan datang. Then baru aku Nampak si Michel . Cari si pemandu , amik gambar guna kemera kecik aku nih, tak clear sgt aa gambar.Ala katogeri gambarr tak mencapai objektif aa.Dah nak gelap masa tu. Kalu korang tengok "Picture004.jpg" dalam Slideshow bawah , ada orang panjat pagar nak tengok tempat bom meletup tu. Then aku ,Michel dan pemandu cepat2 cabut balik hotel.Jalan jem. Nak SMS or call dah tak boleh.Congest. Sampai hotel, call Abah aku , cerita skit-skit. Just to inform that I am safe. Then baru aa aku dapat berbuka .Aduh, serius aku memang rindukan makanan Malaysia.
Ada beberapa rakan kerja dari India turut call aku lepas tu. Diorang ingatkan aku bergurau bila aku cakap aku kat Connouught Place masa bom meletup. Yeah, another chapter in my life. Aku pun dah tak faham, apasal aku dapat projek dekat tempat yang macam ni? So korang rasa dok kat Malaysia tak best ke? Datang sini lah kalau korang rasa Malaysia tak best.