"Aduh, banyak pulak salah tu, tak menang lagi la jawabnya..." keluh Hamidee.
Memandangkan Mior dah bising-bising dalam Cerita Sambal Tempe, jadi terpaksalah penulis menaip hari ini. Semalam ada berlangsung pertandingan mencari harta karun. Ataupun lebih disebut sebagai treasure hunt.Pertandingan semalam dianjurkan oleh WWF. Lokasi mencari harta di sekitar Kuala Lumpur dengan menaiki Putra , STAR dan berjalan kaki. Kira-kira sebulan yang lalu rakan penulis, Hamidee sudah awal-awal menghubungi penulis mengajak untuk turut serta dalam pertandingan tersebut. Memandangkan dalam kalendar penulis memang hujung minggu yang sudah ,terdapat kekosongan, jadi penulis bersetuju untuk turut serta. Siapa lagi yang ikut serta? Fafizah , team member yang memang rajin berfikir cara treasure hunt. Taufik , fikir berlebihan tapi wajib berasap sebelum mahu berfikir. Hamidee, dalam treasure hunt karakter dia berubah jadi seorang yang garang. Penulis, si pemalas yang hingga sekarang tidak boleh berfikir ala treasure hunt.
Rasanya ini sudah kali yang ke-5 penulis menyertai treasure hunt.Kali pertama , kami sepejabat punggah hamper . Bernasib baik yang amat sebab pertandingan diadakan di Plaza Bukit Bintang. Turun naik tangga . Jawapan yang diberikan pun tidak berbelit-belit. Beza setiap kumpulan pada masa tersebut ialah kepantasan. Kami yang muda-muda memang itulah kelebihan yang ada.
Apa yang penulis dapat perhatikan ada pelbagai tujuan orang ramai menyertai treasure hunt. Salah satunya berseronok bersama rakan-rakan. Setelah puas bekerja seminggu. Tiba hujung minggu apa salahnya kalau brainstorm bersama teman sekerja dengan perkara-perkara yang di luar prosedur dan ilmu kolej.
Ada yang turut serta sebab salah satu peluang bercuti cara murah. Penginapan disediakan. Begitu juga makan dan minum. T-shirt turut diberi. Kalau bernasib baik peserta turut berpeluang bertemu atau menyaksikan persembahan mana-mana artis terkenal. Contohnya Motorhunt yang disertai penulis kira-kira 3 minggu yang lepas. Motohunt Family Penyayang dari Kuala Lumpur ke Genting. Penginapan semestinya, persembahan artis-artis seperti, Dayang Nurfaizah, Ning , Nora , Hazami , Zainal Abidin berserta lawak jenaka Salih Yaacob. Ditambah lagi tiket Taman Tema Genting yang memang penulis tunggu kerana tidak pernah ke Genting untuk bergembira seperti rakan-rakan penulis yang lain. Semuanya dengan kos RM40. Kalau menang mana-mana hadiah sudah tentu balik modal. Tapi seperti biasa susah untuk penulis naik ke pentas bagi mendapat hadiah-hadiah yang ditawarkan.
Bila bercerita tentang kesukaran mendapatkan tempat yang baik, penulis ingin bercerita tentang segolongan lagi peserta treasure hunt.
“Wei wei, aku nampak Sam , memang dia pulun hadiah la jawabnya” kata si Fafizah bile ternampak Sam musuhnya.
Bagi penulis Sam merupakan ikon treasure hunt. Mana-mana pertandingan treasure hunt yang penulis sertai, mesti ada kelibat beliau. Penulis dan rakan-rakan sendiri tak pernah bertegur dengan Sam. Tapi beliau pernah marah-marah kami sebab bertukar-tukar jawapan. Semakinlah penulis membenci beliau. Umur beliau dalam lingkungan 35-40 tahun. Rambut sudah mula beruban. Berkaca mata.. Setiap kali bertemu beliau biasanya beliau akan berseorangan menjawab soalan yang diberikan. Ahli kumpulannya biasanya tidak bersamanya. Mungkin mereka menggunakan taktik berpecah dan cari jawapan masing-masing kemudain berbincang. Satu rutin Sam yang penulis terikut-ikut ialah menbawa kamus ke hulu ke hilir. Memang nampak kiasu tapi sedikit-sebanyak membantu anda. Tujuan beliau memang untuk memenangi hadiah dan setiap kali treasure hunt. Beliau akan naik ke pentas untuk mengambil habuannya yang kadang-kadang terdapat penganjur yang menawarkan hadiah bernilai beribu-ribu ringgit.
Niat penulis ialah untuk berseronok bersama rakan dan juga bercuti cara murah. Bagi mereka yang berkeluarga kegiatan ini amat menyeronokkkan. Ada anak-anak tidak faham dengan apa yang dicari oleh ibu bapa mereka. Apa yang mereka tahu memang menyeronokkan keluar berjalan-jalan bersama ibu bapa mereka. Tapi lebih menyeronokkan melihat anak-anak cuba membantu ibu bapa mereka mencari jawapan. Bila jawapan ditemui terjerit-jerit menyebut jawapan sambil peserta-pserta lain memasang telinga untuk mendengar. Kebiasaan pasukan penulis lebih seronok berada di hadapan , ataupun lebih cepat berbanding orang lain jika semua peserta dilepaskan serentak.
Tips bila anda menyertai treasure hunt? Datang awal. Kenapa ? Supaya anda boleh daftar dengan aman, menyesuaikan diri dengan persekitaran. Mungkin cuci mata bagi yang gatal. Boleh juga mengumpat terutamanya ada pelbagai gelagat manusia.
Biasanya penganjur akan memberikan beberapa benda.Bergantung kepada penganjur sebenarnya
1) Tulip - Peta perjalanan anda .
2) Bahagian Soalan sepanjang perjalanan- Soalan yang dijawab/dicari sepanjang dalam perjalanan . Yang biasanya tulisan-tulisan, ataupun signboard. Berdasarkan soalan cari jawapannya. Dimana anda perlu cari? Rujuk Tulip yang diberikan. Contohnya soalan 3 hingga 5 mungkin sekitar dari sebuah persimpangan hingga ke persimpangan yang seterusnya.
Contoh soalan: Without a male it become a parking space
Jawapan: MAPLE ZONE
Kenapa? bagi komen anda...
3) Treasure - “Harta” yang perlu dicari berdasarkan klue atau panduan .
4) Bahagian soalan berdasarkan risalah – ada penganjur yang menyertakan dengan soalan berkenaan penaja mereka atau berkenaan organisasi mereka.
“Alamak! Salah tulis , Adun ada pemadam tak? “
“Adun apa maksud peon”
Bawa pen, kertas conteng, pemadam dan juga kamus jika rajin. Lebih mudah lagi kalau anda menggunakan paper holder. Tips paling penting sebenarnya jadilah seorang yang kiasu. Sorokkan jawapan anda. Jangan biarkan jawapan anda terdedah sebab peserta-peserta lain sememangnya mahu mengintai jawapan anda. Jadi bila menggunakan paper holder , kertas yang paling atas berfungsi untuk menutup jawapan anda. Penulis pernah menghadapi situasi seorang peserta kiasu yang memandang jawapan penulis dengan muka selamba. Memang marah betul .
Bila anda mengetahui yang peserta lain amat kiasu, jadi kenakan mereka. Ada masa penulis akan menuding jari ke arah yang sebenarnya bertujuan mengelirukan pihak musuh. Mata pandang lain , tapi otak sedang memikirkan benda lain. Pandang atau tuding sekumpulan lagi bagus. Sebab golongan kiasu akan menggelabah mempersoalkan kebenaran jawapan yang telah mereka jawab.Lagi pun penulis suka melihat orang lain menggelabah sejak dari belajar lagi.
Satu lagi trend terbaru ialah membaca bersama kamera digital . Boleh membantu anda sebab ambil saja gambar klue,signboard yang berkenaan. Kemudian berkumpul dengan ahli kumpulan yang lain untuk berbincang. Pilih mana yang sesuai. Ada treasure hunt yang menghendaki anada menyusun 6 gambar yang perlu dilihat di 6 lokasi berlainan. Jadi apa anda perlu buat semestinya mengambil gambar dan susun sebelum hantar kertas jawapan.
"Mana aci macam ni!!! Diorang semua guna kamera phone, kita takde! " keluh seorang peserta bila melihat peserta-peserta lain menggunakan kamera phone.
Agak penting juga untuk anda merancang masa sebaiknya. Tips lain , mungkin pembaca yang lain boleh coretkan di sini.Apa-apa pun hendaklah diingat penulis cuma seorang yang amatur dalam treasure hunt. Tips diatas berdasarkan pengalaman penulis.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
hoi ko ni takleh jadi penulis novel la adun... ko nye cite tade content puuunnnnnn :p
kene tunggu next chapter la zainee. nie intro jek
sori, tu baru 1/5 cite, aku takleh nak upload, blogger ni bengong gak ekk.. sakit ati aku..
aku dah boley menang dah dok asyik baca mende nih jekkk!!! update laaaaaaaaaaa!!!
waaa... sungguh rajin penulis kita menyertai treasure hunt.. sesungguhnya aku tak tahu pon akan kewujudan treasure hunt sebegini.. yg aku tahu kalau ada family day telekom.. ada la kot treasure hunt..
bagus la anak2 muda zaman sekarang ni
zaini: selalu dpt tiket free.. buat kuiz sana sini
mior: selalu join interbiew2 questionnare nih
adun pulak dgn treasure hunt
aku pulak kalau masih bujang lagi entah apa la agaknya aku buat.. mesti aku tak buat apa apa
elly
Post a Comment