Lantas penulis menghubungi Man bertanya kalau-kalau beliau ada di OUG.
"Hello Man, Ko ada kat rumah tak"
"Aku dah nak sampai rumah ni Dun.Family aku ada kat sini"
"Okeh, aku nak datang amik karpet dengan barang-barang lain sikit" jelas penulis.
"Agak-agak sampai malam kau ada kat OUG ke Man?" tanye penulis lagi.
"Rasanya pukul lapan aku keluar"jelas Man.
"Takpe, aku still pegang kunci rumah lagi" tambah penulis.
"Kalau macam tu OK la"
Sebelum sampai di OUG penulis sempat singgah di sebuah kedai makan di Jalan Kelang Lama.Sedang penulis menikmati makanan TV3 menyiarkan sebuah drama bertajuk "Menantu Oh Menantu" (MOM) kalau penulis tidak silap. Kisah dibintangi Joyah,Kartina Aziz,Rusdi Ramli,M.Rajoli serta barisan pelakon lain. Malangnya penulis tidak mengingati nama-nama watak.
Joyah merupakan ibu kepada Rusdi. Joyah juga rakan kepada Kartina.Sebelum ini Rusdi pernah bercinta dengan anak Kartina.Tapi putus ditengah jalan.Entah bagaimana Rusdi jatuh hati pula dengan Kartina, wanita yang dalam cerita tersebut seusia dengan ibunya.Nak dijadikan cerita Rusdi dan Kartina bertemu jodoh. Walaubagimanapun Joyah tidak berapa berkenan dengan pilihan anaknya itu. Iya lah seumur dengannya. Lebih lucu bila melihat gelagat gila Joyah marah-marah bila Kartina memanggilnya dengan panggilan Mak, siap ditentangnya menantunya itu.Ditambah bila anak Kartina pula memanggil Rusdi dengan panggilan Ayah.
Drama ini pada penulis bertambah menghiburkan dengan kehadiran M.Rajoli yang begitu diminati oleh Joyah. Rajoli juga sebenarnya meminati Kartina tapi hasrat tak sampai. Penulis akui yang penulis agak meminati Rajoli sebagai pelakon tempatan yang menghiburkan dalam drama-drama yang penulis tonton dihujung minggu sejak berzaman. Di dalam drama ini Rajoli berwatakkan seorang berumur yang menaiki motor superbike. Rasanya Rajoli kebiasaannya turut ditawarkan watak dari seorang uztaz hingga lah ke watak lelaki berumur yang miang. Bukan penulis sahaja yang akan mengulas tentang M.Rajoli, bapa penulis sendiri turut mengulas berkenaan M.Rajoli bila kami sama-sama menonton drama di kampung.Lucu bila dikenang.
Selesai menonton terus ke OUG mengambil karpet dan barang-barang lain.Sempat berbual dengan bapa Man buat seketika.Tiba dirumah dalam lingkungan 7.50pm.
"Abang Zu dah pindah rumah ke?" tanya Zek melalui talian
"Dah. Baru minggu ni pindah barang, Zek macam mana? dah jumpe rumah ke?" ujar aku pula.
"Belum lagi ... tengah cari lagi dengan kawan Zek ni" jawab Zek.
"Worst case Zek join abg Zu je la" ujar aku kembali.
"Kasi seminggu lagi la..nanti apa-apa Zek konfirmkan"
Minggu yang sudah penulis sudah pun berpindah rumah. Sengaja mencari haluan baru. Mungkin masuk minggu yang berikutnya adik penulis , Zek akan turut sama berpindah ke sini. Zek sebenarnya mengikuti pengajian di ITTAR. Memandangkan KUB menggabungkan UNITAR dan ITTAR, Kampus ITTAR telah berpindah ke UNITAR Kelana Jaya. Turut terlibat ialah adik penulis, Zek. Semestar baru ini Zek telah berulang alik dari Bandar Baru Sentul ke Kelana Jaya. Kesian bila dilihat beliau berulang alik ke Kelana Jaya sedangkan beliau sepatutnya menumpukan perhatian terhadap pelajarannya. Jadi penulis cuba untuk berpindah ke Kelana Jaya dengan harapan lebih dekat dengan Zek , mungkin juga Zek boleh turut tinggal bersama penulis.
Rumah sewa penulis yang baru diduduki sebenarnya sebuah rumah teres 2 tingkat.Housemate yang lain teleh tinggal disini kira-kira 3 tahun yang lalu. Sudah agak lama penulis tinggal di rumah apartment. Jadi tinggal di rumah "atas tanah" mungkin sedikit kelainan dirasai. Jiran mungkin antara perkaranya. Dulu jiran tak berapa dikenali, tapi penulis belum berkesempatan berkenalan dengan jiran. Bukan apa , mereka yang tinggal di rumah ini pun tak berapa mengenali jiran. Harap-harap nanti ada peluang bersua bertegur dengan jiran.InsyaAllah. Satu lagi yang penulis rasa agak berlainan ialah nyamuk. Apartment dulu tinggal ditingkat atas, nyamuk tak hinggap pun di badan penulis. Berbeza di sini.Nyamuk memang ada.Ubatnya nyamuk sentiasa di pasang. Takut malaria.
Harap penulis dapat merasai kemanisan tinggal disini sama seperti 7-9-8 Bukit OUG.Terima Kasih buat housemate OUG yang penulis rasa amat bertimbang rasa dan tak banyak kerenah. Terima kasih lagi.