Beberapa minggu yang sudah penulis telah berkesempatan meluangkan masa ke Miri,Brunei dan juga Sabah.
Dalam perjalanan yang memakan masa lebih dari seminggu itu penulis rasa ada baiknya
memberi sedikit tips untuk anda sekalian.Tapi bergantung kepada kesesuaian dengan diri anda
- Kalau memakai kasut, jika perlu memakai stokin, pastikan ada memakai stokin.Kaki anda boleh melecet jika anda tidak memakai stokin. Lagi bagus jika anda memakai sandal. Bergantung kepada cuaca.
- Bawa toiletries yang kecil, mudah bagi anda membawa ke sana sini.Dan kalau tertinggal pun anda kurang terkilan.
- Bawa sedikit pakaian bagi mengurangkan beban yang bakal anda angkat. Beli pakaian di tempat anda lawati kalau boleh, tapi bergantung juga kepada tukaran wang asing dan kemampuan anda, Tentu mahal jika anda melancong ke negara2 Eropah, jadi bergantung kepada anda. Tapi penulis nasihat bawa pakaian yang sesuai dengan cuaca.
- Pastikan anda membawa wang yang cukup. Penulis mengalami masalah wang tunai bila berada di Brunei.Walaubagaimana pun penulis bernasib baik kerana sahabat penulis di sana membantu. Terima kasih Azizi.
- Cendaramata? Sebenarnya penulis bukan jenis yang suka membeli cenderamata. Penulis banyak mengahabiskan masa dengan berjalan, menjelajah, makan,berendam dan mengambil gambar. Perhatian! Terlampau banyak cenderamata akan menyebabkan anda menambah beban beg anda
- Jam tangan? Semasa di Sabah, atas kecuian penulis sendiri penulis kehilangan jam tangan milik penulis. Mujurlah jam tangan tersebut bukanlah harta yang penulis anggap terlampau bernilai.Kesimpulan buat diri penulis ialah. Sebolehnya jangan bawa barangan yang yang mahal. sebab bila hilang kurang sedikit rasa terkilan :P
- Mudah kalau anda ada mengenali atau kenalan yag merupakan penduduk tempatan kawasan tersebut bila melancong. Terima kasih buat Saudara Hafiz yang sudi menjadi tourist guide buat penulis.
- Buka mulut. Tegur orang disekitar. Baik untuk diri anada disaat-saat tertentu.Ditambah seronok buat penulis bila cuba menurut cara percakapan orang Sabah bah.
- Enjoy. No Boss around. No Email Inbox dipagi hari. Nikmati saat perjalanan anda dengan baik. Buat mereka yang bujang Night live di Sabah memang happening, jadi kalau ada kawan-kawan mungkin lebih meriah.
- Ingat! jangan terlampau lama menghabiskan masa dengan tidur .. Rugi. Nikmati saat awal pagi menghirup udara nyaman dan sinaran matahari.
Banyak lagi yang boleh anda jadikan panduan sebenarnya. Ambilah kesempatan mengembara dikala anda masih gagah melangkah.
2 comments:
wah adun dah sampai ke borneo rupanya..patut la nk carik bini org sana..awek mana yg lebih cun?
awek indon cun,,bandung,, gue ingat mau ke sana dongg
Post a Comment