Pejabat Kuih Raya

12 Oktober. Lebih kurang jam 10 pagi , penulis masih diatas katil. Malam sebelumnya penulis bekerja malam. Tiba-tiba telefon mobil penulis berdering.
Nombor Abah tertera.
Sudah dua tiga hari Abah cuba menghubungi penulis . Sebabnya mahu bertanya tentang sambutan Hari Raya tahun 2005.
“Zu, tahun ni kita beraya di Machang!” ujar Abah.
“ Bila kita nak bertolak dari Mersing ,Bah?” tanya aku.
“Mungkin 1 haribulan” jawab Abah.

Bukan saja Abah yang asyik bertanya tentang raya yang bakal menjelang. Zek pun turut bertanya. Lagipun ini tahun pertama Zek pulang berhari raya dari Kuala Lumpur. Jadi perlulah dia bersiap-sedia awal. Tapi seperti biasa penulis memang membuat persediaan minit pada minit-minit terakhir. Tahun ini mungkin sasaran Abah mahu bawa pulang Syazwan ke Machang. Satu-satunya cucu Abah buat masa ini. Satu-satunya cicit Ayah Kelantan. Dan satu-satunya piut/buyut Tok Ye buat masa ini.

Tahun ini apa persediaan? Sebenarnya tiada apa yang tersenarai dalam fikiran penulis, kecuali kacang dan muruku. Apa yang penulis beli sebagai mengambil kesempatan dengan harga barangan yang murah di sana sini untuk membeli barang yang memang penulis idam-idamkan seperti pakaian dan kamera.

Keluarga pula bagaimana, biasanya kalau bertanya Ma (ibu penulis) , beliau sentiasa berkata
“ Tak pe Zu, tak perlu beli apa-apa. Kuih sudah ada . Tak de apa Ma nak pesan”.
Dari 2002 sampai ke 2005. Tapi disebabkan penulis tak mahu pulang dengan tangan kosong, biasanya penulis akan membeli kacang atau muruku. Ermm... makanan yang tahan lama. Memang penulis sengaja beli lebih sedikit supaya boleh diberi kepada makcik-makcik penulis yang lain.

Bila berada di pejabat pula. Terdapat juga kegiatan jual beli di pejabat penulis. Meja penulis berdekatan dengan pantry. Jadi dari meja penulis sendiri memang jelas kelihatan sample kuih untuk dijual. Boleh tahan banyak senarai kuih yang tersenarai. Cuma penulis memang kurang berminat mengambil tahu atau menempah kuih muih tersebut. Tapi bila mereka berkumpul bercerita tentang kuih biasanya penulis datang menyampuk. Menyibuk.
“Isti, kau beli kuih ni, memang sedap aku cakap kau” ujar Amir dengan muka yang penuh bersemangat .
“....Kuih ni aku dah beli tahun lepas “ penulis cuba berbohong.
“Aaa..camtu kau cuba pulak kuih Almond Coklat Terulung ni!” sambung Amir lagi.
“Tanak la. Aku nak kuih yang sekali makan nak lagi. Makan satu bekas ,tak perasan dah habis, yang aku tak sempat nak bawak balik kampung” ayat mengelat penulis
“ Ada!!!! ..“
“ Wei, aku malas nak beli la.” potong penulis. Amir sebenarnya bukan penjual kuih raya. Tapi sekadar mahu memeriahkan suasana membeli di pejabat. Rasanya setiap pejabat ada kerenah orang seperti Amir atau mungkin lebih teruk lagi. Penulis pula memang turut suka memeriahkan lagi suasana yang sedia meriah.
Hari ini Ahad 23 Oktober ,penulis berkesempatan singgah di pejabat sebentar. Agak terkejut juga sebab di pejabat penulis terserempak dengan beberapa pekerja yang sibuk mengagihkan kuih muih yang ditempah Hampir seguni juga tempahan yang ingin diagihkan. Berapa agaknya pendapatan dari jualan kuih seguni? Persoalan yang timbul di benak fikiran penulis.

Yang pastinya tahun ini penulis dikehendaki menjual Pek Permulaan Prabayar . Tak tahu apa sebab tapi penulis dimaklumkan syarikat mahu berkongsi jualan/habuan dengan pekerja-pekerja. Harap-harap tahun depan syarikat akan mengedarkan Kad Cas semula pula kalau mereka benar-benar mahu berkongsi jualan/habuan dengan pekerja.

Buat pembaca ,moga anda dapat menghabiskan ibadah berpuasa tahun ini dengan sempurna. Selamat menyambut perayaan Deepavali bagi mereka yang beragama Hindu.

Chicken Rice Shop vs Selera Sama

Hujung minggu yang lepas penulis berkesempatan mengunjungi MidValley. Niat penulis sebenarnya adalah untuk menghadiri seisi penerangan tentang Hak Cipta Penulisan yang diadakan di MPH. Alhamdullah ,penganjur masih mengenali penulis walaupun sebenarnya penulis sudah sekian lama sepi tanpa berita. Pada seisi tersebut ramai yang mengikuti seisi , malah soalan-soalan soalan juga bertalu-talu diajukan.

Setelah tamat seisi tersebut penulis serta rakan telah mengambil keputusan untuk manjamu selera di Mid Valley. Biasanya sebelum ini penulis akan memilih Food Court di tingkat atas atau pun Chicken Rice Shop. Tapi sejak akhir-akhir ini penulis kerap memilih Makan Foodcourt di tingkat bawah, berdekatan dengan surau dan juga antara laluan masuk bagi mereka yang menunggang motosikal ke Mid Valley.

Gerai yang biasanya menjadi pilihan penulis ialah Selera Sama No 19. Antara hidangan yang ditawarkan ialah Nasi Ayam dan juga Nasi Goreng Ayam. Apa yang begitu menarik tumpuan penulis ialah kanak-kanak perempuan yang menjadi jurujual di gerai tersebut. Beliau berumur dalam lingkungan lebih kurang 13 tahun. Biarpun sebenarnya kerja yang dilakukan beliau begitu sibuk, tapi jelas dia begitu gembira dengan tugas-tugasnya.

" Nasi Goreng Ayam dua ... " laung kanak-kanak tersebut yang kadang-kadang dengan keadaan tubuhnya bergoyang seolah menari-nari.

" Adik , boleh minta cili lebih? " Bila penulis meminta untuk mendapatkan lebih cili , beliau sedikit pun tidak keberatan untuk menunaikan permintaan penulis. Beliau terus meletakkan cili dalam bekas cili yang lain, sesudah itu terus tersenyum.

" Kakak nak apa? " kanak-kanak tersebut bertanya kepada pelanggan yang lain sambil kening terangkat sedikit. Sepanjang penulis menjamu selera di situ, memang sentiasa terdapat pelanggan yang berdiri menunggu giliran masing-masing.

Ibunya pula berada di sebelah sedang memotong ayam serta sayuran untuk hidangan. Di dapur abangnya atau mungkin adiknya pula ditugaskan menggoreng nasi bersama bapa mereka. Pada hari hujung minggu yang kita biasanya menghabiskan waktu istirehat bersama keluarga masing-masing terdapat sekeluarga yang lain sedang sibuk mencari rezeki. Itu yang sebenarnya yang agak menyentuh perasaan dan hati penulis. Di sini, di Kuala Lumpur begitulah percaturannya. Penulis mendoakan agar mereka sekeluarga terus dapat menikmati rezeki yang diberikan oleh Tuhan. Moga mereka terus mendapat tempat yang sesuai untuk berniaga demi pendapatan sekeluarga.

Tapi sebenarnya penulis bukan menjamu selera semata-mata kerana mereka sekeluarga. Nasi ayam yang dijual memang sedap. Setakat ini daging ayam yang dihidangkan mereka memang cukup lembut. Tambahan penulis lebih selesa dengan suasana di foodcourt tersebut.Tapi di foodcourt ini sedikit panas berbanding foodcourt di atas. Mungkin sesuai bagi mereka yang cuma mementingkan perut anda berisi. Bukan bagi mereka yang mementingkan suasana selesa.

Kebanyakkan pengunjung merupakan jurujual-jurujual yang bekerja di Mid Valley, remaja-remaja dan juga kaum-kaum pendatang. Sebelum ini akwasan berkenaan merupakan kawasan parking kereta dan sebahagian kawasan kosong. Dahulu penulis biasanya melalui kawasan tersebut bila meletakkan motosikal di kawasan letak matosikal iaitu di kawasan lapang di luar Mid Valley. Kini tempat meletak motosikal baru juga memerlukan penulis melalui tempat yang sama.

Ingin penulis ingatkan kepada pembaca-pembaca sekalian, Buat masa ini untuk mengunjungi Mid Valley pada hujung minggu , anda perlu meredah sedikit kesesakan memandangkan terdapat kerja-kerja pembinaan bangunan baru Mid Valley Garden . Mungkin ada memerlukan alasan yang benar-benar berbaloi bagi menuju ke sana. Walaupun menggunakan motosikal, anda tetap menghadapi masalah di tempat letak motosikal yang ternyata sesak. Bagi mereka yang menggunakan komuter pula anda perlu memastikan dan merancang jadual perjalanan anda kerana anda mungkin perlu menukar gerabak komuter di KL Sentral dan menunggu mengikut jangka sama yang ditetapkan didalam jadual. Penulis ada menghadapi dengan jadual perjalanan komuter sedikit masa yang lalu .

Panduan Treasure Hunt

"Aduh, banyak pulak salah tu, tak menang lagi la jawabnya..." keluh Hamidee.

Memandangkan Mior dah bising-bising dalam Cerita Sambal Tempe, jadi terpaksalah penulis menaip hari ini. Semalam ada berlangsung pertandingan mencari harta karun. Ataupun lebih disebut sebagai treasure hunt.Pertandingan semalam dianjurkan oleh WWF. Lokasi mencari harta di sekitar Kuala Lumpur dengan menaiki Putra , STAR dan berjalan kaki. Kira-kira sebulan yang lalu rakan penulis, Hamidee sudah awal-awal menghubungi penulis mengajak untuk turut serta dalam pertandingan tersebut. Memandangkan dalam kalendar penulis memang hujung minggu yang sudah ,terdapat kekosongan, jadi penulis bersetuju untuk turut serta. Siapa lagi yang ikut serta? Fafizah , team member yang memang rajin berfikir cara treasure hunt. Taufik , fikir berlebihan tapi wajib berasap sebelum mahu berfikir. Hamidee, dalam treasure hunt karakter dia berubah jadi seorang yang garang. Penulis, si pemalas yang hingga sekarang tidak boleh berfikir ala treasure hunt.

Rasanya ini sudah kali yang ke-5 penulis menyertai treasure hunt.Kali pertama , kami sepejabat punggah hamper . Bernasib baik yang amat sebab pertandingan diadakan di Plaza Bukit Bintang. Turun naik tangga . Jawapan yang diberikan pun tidak berbelit-belit. Beza setiap kumpulan pada masa tersebut ialah kepantasan. Kami yang muda-muda memang itulah kelebihan yang ada.

Apa yang penulis dapat perhatikan ada pelbagai tujuan orang ramai menyertai treasure hunt. Salah satunya berseronok bersama rakan-rakan. Setelah puas bekerja seminggu. Tiba hujung minggu apa salahnya kalau brainstorm bersama teman sekerja dengan perkara-perkara yang di luar prosedur dan ilmu kolej.

Ada yang turut serta sebab salah satu peluang bercuti cara murah. Penginapan disediakan. Begitu juga makan dan minum. T-shirt turut diberi. Kalau bernasib baik peserta turut berpeluang bertemu atau menyaksikan persembahan mana-mana artis terkenal. Contohnya Motorhunt yang disertai penulis kira-kira 3 minggu yang lepas. Motohunt Family Penyayang dari Kuala Lumpur ke Genting. Penginapan semestinya, persembahan artis-artis seperti, Dayang Nurfaizah, Ning , Nora , Hazami , Zainal Abidin berserta lawak jenaka Salih Yaacob. Ditambah lagi tiket Taman Tema Genting yang memang penulis tunggu kerana tidak pernah ke Genting untuk bergembira seperti rakan-rakan penulis yang lain. Semuanya dengan kos RM40. Kalau menang mana-mana hadiah sudah tentu balik modal. Tapi seperti biasa susah untuk penulis naik ke pentas bagi mendapat hadiah-hadiah yang ditawarkan.

Bila bercerita tentang kesukaran mendapatkan tempat yang baik, penulis ingin bercerita tentang segolongan lagi peserta treasure hunt.

“Wei wei, aku nampak Sam , memang dia pulun hadiah la jawabnya” kata si Fafizah bile ternampak Sam musuhnya.

Bagi penulis Sam merupakan ikon treasure hunt. Mana-mana pertandingan treasure hunt yang penulis sertai, mesti ada kelibat beliau. Penulis dan rakan-rakan sendiri tak pernah bertegur dengan Sam. Tapi beliau pernah marah-marah kami sebab bertukar-tukar jawapan. Semakinlah penulis membenci beliau. Umur beliau dalam lingkungan 35-40 tahun. Rambut sudah mula beruban. Berkaca mata.. Setiap kali bertemu beliau biasanya beliau akan berseorangan menjawab soalan yang diberikan. Ahli kumpulannya biasanya tidak bersamanya. Mungkin mereka menggunakan taktik berpecah dan cari jawapan masing-masing kemudain berbincang. Satu rutin Sam yang penulis terikut-ikut ialah menbawa kamus ke hulu ke hilir. Memang nampak kiasu tapi sedikit-sebanyak membantu anda. Tujuan beliau memang untuk memenangi hadiah dan setiap kali treasure hunt. Beliau akan naik ke pentas untuk mengambil habuannya yang kadang-kadang terdapat penganjur yang menawarkan hadiah bernilai beribu-ribu ringgit.

Niat penulis ialah untuk berseronok bersama rakan dan juga bercuti cara murah. Bagi mereka yang berkeluarga kegiatan ini amat menyeronokkkan. Ada anak-anak tidak faham dengan apa yang dicari oleh ibu bapa mereka. Apa yang mereka tahu memang menyeronokkan keluar berjalan-jalan bersama ibu bapa mereka. Tapi lebih menyeronokkan melihat anak-anak cuba membantu ibu bapa mereka mencari jawapan. Bila jawapan ditemui terjerit-jerit menyebut jawapan sambil peserta-pserta lain memasang telinga untuk mendengar. Kebiasaan pasukan penulis lebih seronok berada di hadapan , ataupun lebih cepat berbanding orang lain jika semua peserta dilepaskan serentak.

Tips bila anda menyertai treasure hunt? Datang awal. Kenapa ? Supaya anda boleh daftar dengan aman, menyesuaikan diri dengan persekitaran. Mungkin cuci mata bagi yang gatal. Boleh juga mengumpat terutamanya ada pelbagai gelagat manusia.

Biasanya penganjur akan memberikan beberapa benda.Bergantung kepada penganjur sebenarnya
1) Tulip - Peta perjalanan anda .
2) Bahagian Soalan sepanjang perjalanan- Soalan yang dijawab/dicari sepanjang dalam perjalanan . Yang biasanya tulisan-tulisan, ataupun signboard. Berdasarkan soalan cari jawapannya. Dimana anda perlu cari? Rujuk Tulip yang diberikan. Contohnya soalan 3 hingga 5 mungkin sekitar dari sebuah persimpangan hingga ke persimpangan yang seterusnya.
Contoh soalan: Without a male it become a parking space
Jawapan: MAPLE ZONE
Kenapa? bagi komen anda...
3) Treasure - “Harta” yang perlu dicari berdasarkan klue atau panduan .
4) Bahagian soalan berdasarkan risalah – ada penganjur yang menyertakan dengan soalan berkenaan penaja mereka atau berkenaan organisasi mereka.

“Alamak! Salah tulis , Adun ada pemadam tak? “
“Adun apa maksud peon”

Bawa pen, kertas conteng, pemadam dan juga kamus jika rajin. Lebih mudah lagi kalau anda menggunakan paper holder. Tips paling penting sebenarnya jadilah seorang yang kiasu. Sorokkan jawapan anda. Jangan biarkan jawapan anda terdedah sebab peserta-peserta lain sememangnya mahu mengintai jawapan anda. Jadi bila menggunakan paper holder , kertas yang paling atas berfungsi untuk menutup jawapan anda. Penulis pernah menghadapi situasi seorang peserta kiasu yang memandang jawapan penulis dengan muka selamba. Memang marah betul .

Bila anda mengetahui yang peserta lain amat kiasu, jadi kenakan mereka. Ada masa penulis akan menuding jari ke arah yang sebenarnya bertujuan mengelirukan pihak musuh. Mata pandang lain , tapi otak sedang memikirkan benda lain. Pandang atau tuding sekumpulan lagi bagus. Sebab golongan kiasu akan menggelabah mempersoalkan kebenaran jawapan yang telah mereka jawab.Lagi pun penulis suka melihat orang lain menggelabah sejak dari belajar lagi.

Satu lagi trend terbaru ialah membaca bersama kamera digital . Boleh membantu anda sebab ambil saja gambar klue,signboard yang berkenaan. Kemudian berkumpul dengan ahli kumpulan yang lain untuk berbincang. Pilih mana yang sesuai. Ada treasure hunt yang menghendaki anada menyusun 6 gambar yang perlu dilihat di 6 lokasi berlainan. Jadi apa anda perlu buat semestinya mengambil gambar dan susun sebelum hantar kertas jawapan.

"Mana aci macam ni!!! Diorang semua guna kamera phone, kita takde! " keluh seorang peserta bila melihat peserta-peserta lain menggunakan kamera phone.

Agak penting juga untuk anda merancang masa sebaiknya. Tips lain , mungkin pembaca yang lain boleh coretkan di sini.Apa-apa pun hendaklah diingat penulis cuma seorang yang amatur dalam treasure hunt. Tips diatas berdasarkan pengalaman penulis.

Sambal Tempe Ikan Bilis

Taip kali Man balik kampung, mesti dia bawak balik sambal tempe campur ikan bilis goreng. "Krukk krukk Krukk" memang sedap kalau kunyah. Kalau Man balik dari kampung , aku memang tunggu. Sorry to say. Man, aku memang nak perabis lauk kau tu.

Cerita aku kali ini ditujukan kepada Qusairy .Selamat Ulang Tahun Kelahiran buat Man. Geng pillow talk versi OUG. Biar aku bercerita sikit tentang Man. Dulu aku ada dengar Man ni mamat Basikal. Basikal Lumba tu .Man sebenarnya rakan sekolah aku di Muar .Setelah tamat SPM , pada mulanya kami mendapat tawaran ke UTM. Semasa dalam minggu orentasi , kami ditawarkan ke MMU. Kesudahannya kedua-dua ambil keputusan untuk ke MMU pula. Di MMU Melaka , kami berdua tinggal serumah bersama Hasanul, Mat Shah , Suzaimi dan Nizam. Man tinggal sebilik dengan Hasanul yang takde perasaan.Aku dok ngat Nizam yang rajin study. Mat Shah mamat lawak selamba dok ngan Suzaimi. Man ni... memang rajin minum susu. Rajin sangat-sangat la.

Aduhai, Wei aku takleh tulis ayat standard untuk post yang ini. Aku kena guna ayat pasar skit okeh,

Dia punya rajin minum susu ,sampai kole dia yang warna biru muda tu, kalau tuang air suam, boleh rasa susu gak. Kat MMU pun dia pakai kole yg sama ,pastu memang berlengkar kat katil dia. Dok sibuk main games dia. Yang aku tau dia keluar dari bilik dia untuk Gym atau kelas je.

Masa kat Melaka kiteorg rajin bela moto kiteorg. Sebab kiteorang rajin riak dengan Mat Shah sama Nizam. Sebab kononnya moto diorang tak best.Moto Kiteorg best. Teruk siut kiteorg masa tu.Man siap cakap bawak moto Mat Shah tu macam duduk tandas duduk nih. Hasanul lak pernah kutuk moto Nizam secara tak sengaja , dengan tipu daya Man aa.Rujuk Man.

Baru-baru ni Man banyak bernasib malang skit. Tempah keta ,tak dapat-dapat, padahal dah siap beli pedal lock nihh. Tempah keta sekali lagi,,pun lambat .Dah dapat keta ,Spot Rim lak ilang. Beli Rim baru, pastu baru2 ni pedal lock lak buat hal. Letih siut . Penyabar mamat ni. Man,Lock tu nanti kasi aku lock Honda aku aa.

Man rajin main PS2 dia dengan Muzammil dan Wahyudi. Diorang siap jerit-jerit kat depan tv tu.
"Demittt..." Wahyudi kena pentes dengan Man ,
"Apasal tak masukkkk!!!!" Muzammil jerit Ronaldo sepak tak masuk ,
"Aku bernasib baik je tu" Man dapat score tapi tanak riak ,
"Tadi aku tepon adik aku, dia dah dah ajar teknik-teknik terbaru" Ni Memang ayat Man sorang aa, siap adik buat brainstorm ngan adik dia kalu balik kampung ni.
Kadang-kadang diorang ada panggil team jemputan dari rumah Asyudi,Hadi,Hasanul dan Pokdir. Rajin betul, ade yang siap beli "mende alah" yang nak kasi diorag main 4 org. Aku pun taktau nak sebut "mende alah" tu ape ntah. Kalau jemaah diorg lagi ramain lagi bagus kot.

Satu lagi bebudak umah aku rajin tengok bola. Man ni tengok je la, turun padang tak rajin sgt kot..hehe. Teori Man, Jogging boleh sebabkan otot-otot korg cepat rosak
Pas tu rajin dok cite Ronaldo aa, Figo aa, Maldini aa, Cannavaro aa. Kalau hari-hari rajin main PS2 je , nama hapal la kot.Tapi Man dari dulu dok ikut bola aa, dari sekolah kot, bukan sebab tanak takut geng opis kutuk sbb tak tau result ke hape(certain opismate aku nya budaya ada camtu skit). Cam Mior dia siap SMS Man nak tau result Juve lawan Liverpool aritu( jahat gila aku kutuk Mior);P

Berapa orang anak?

"Aku kalau boleh mahu tujuh orang anak" ujar Suhairi, rakan sekampung aku.
"Engkau kerja kerajaan Suhairi, tak jadi masalah. Tapi kalau aku 3 atau 4 saja agaknya"

Topik perbualan aku dengan Suhairi ialah anak. Suhairi merupakan seorang rakan aku yang kini bekerja sebagai Pensyarah di Kolej Komuniti . Baru mendapat cahaya mata kira-kira 2 bulan yang lalu.Seronok dapat anak. Kawan sedarjah aku sejak aku Tingkat satu hingga Tingkatan lima. Panjang cerita kami pada hari tersebut. Kebetulan aku dari perjalanan pulang dari Kuantan ke Kuala Lumpur setelah selesai tugas di sana. Minggu yang lalu Suhairi ada menghubungi aku.Setelah mengetahui aku berada di Kuantan , dia mempelawa aku singgah di rumahnya yang terletak di Barat Pahang. Memandangkan aku sudah lama tak berjumpa Suhairi sejak majlis perkahwinannya , aku pun bersetuju untuk singgah.

Walau pun Suhairi bekerja sebagai pensyarah , tapi banyak aktiviti Kementerian Pendidikan Tinggi yang dia turut serta. Bagus pada aku, sebab dari ceritanya di situ dia mendapat banyak pengalaman. Tapi sebagai pekerja kerajaan , kenaikan pangkat ikut senioriti ,pengalaman tersebut tidak banyak membantu. Tidak apa yang penting kita gembira dengan tugas kita. Itu pendapat aku.